Monday, April 2, 2012

KFA nafi singkir Hamidan


Harian Metro

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) menafikan khabar angin bahawa penyerang import dari Ghana, Hamidan Mohammed disingkirkan.


Setiausaha Kehormat KFA Datuk Hamdan Mohamed Khalib berkata khabar angin kononnya KFA memberi surat penyingkiran kepada Hamidan seperti yang didakwa oleh segelintir penyokong Kedah dalam laman sosial Facebook adalah tidak benar. 



Beliau berkata Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak KFA akan meneliti laporan prestasi pemain import Kedah itu pada mesyuarat Rabu ini bagi menentukan nasib sama ada Hamidan akan kekal bersama Kedah. 


Katanya hanya pengurus pasukan Datuk Khazali Din dan ketua jurulatih Wan Jamak Wan Hassan berhak menentukan perkara itu kerana mereka yang lebih tahu dan arif mengenai pemain dalam pasukan mereka. 


"Setakat ini Hamidan dapat menyesuaikan diri dengan pasukan Kedah dan ini memberi keyakinan baru kepada Wan Jamak terhadapnya (Hamidan) dalam usaha memburu kemenangan selepas ini," katanya.




Hamidan sebelum ini dikritik banyak pihak berikutan gagal beraksi dengan baik dan dikatakan akan disingkirkan tetapi mula menunjukkan prestasi yang baik apabila berjaya menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan terakhir.


Dia meraih masing-masing dua gol dalam perlawanan kedua suku akhir Piala FA ketika mengalahkan T-Team 2-1 pada 27 Mac lalu dan ketika menumpaskan Perak 3-0 dalam saingan Liga Super kelmarin. Selain Hamidan, Kedah mempunyai seorang lagi pemain import iaitu pemain tengah, Safi Abd Elfatah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...