Friday, March 4, 2011

Kedah perlu bangkit

MENTERI Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta pemain bola sepak negeri itu supaya bangkit daripada prestasi hambar ketika ini.
Katanya sejak beberapa musim lalu, prestasi skuad Liga Malaysia Kedah tidak begitu baik pada peringkat awal dan berdepan masalah sebelum dapat beraksi dengan baik.

“Keputusan ketika ini tidak seteruk mana, masih baik, namun pemain perlu tingkatkan prestasi permainan untuk mencapai kemenangan. Harap pemain dapat lebih bersungguh-sungguh,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri, semalam.




Prestasi Kedah dalam saingan Liga Super musim ini agak hambar apabila sekadar menduduki tempat ke-10 daripada 14 pasukan selepas enam perlawanan dengan satu kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan, selain hanya mampu menjaringkan dua gol. Beliau berkata pasukan Kedah mendapat sokongan yang baik kerana rakyat Kedah amat meminati bola sepak yang juga hiburan mereka pada waktu malam.

Azizan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) turut menyampaikan sumbangan RM5,000 seorang kepada tiga pemain Kedah yang beraksi dalam skuad kebangsaan ketika menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan seorang penolong jurulatih skuad itu.


Mereka ialah pemain tengah Amar Rohidan dan dua pemain pertahanan, Mohd Sabre Mat Abu serta Khairul Helmi Johari serta penolong jurulatih yang berasal dari Kedah, Tan Cheng Hoe.




Kerajaan Kedah sebelum ini mengumumkan pemberian ganjaran kepada lima pemain negeri ini yang mewakili skuad kebangsaan pada kejohanan itu dan seorang penolong jurulatih skuad itu.

Dua lagi pemain bakal menerima ganjaran itu ialah pemain sayap Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan pemain tengah Mohammad Faizal Abu Bakar. - Bernama


sumber:

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...