Hakikat ini diakui Naib Presiden Satu Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Omar Othman yang menyifatkan aksi kelmarin adalah terbaik dipersembahkan skuad kendalian Dollah Salleh itu.
Sehubungan itu, beliau mahu pemain Pahang meneruskan aksi cemerlang mereka jika mahu bersaing dengan kelompok pasukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.
“Jika dilihat perlawanan itu, pemain menunjukkan peningkatan meyakinkan dan seharusnya mereka konsisten untuk perlawanan akan datang. Prestasi mantap ini membuktikan Pahang mampu melangkah lebih jauh dalam saingan liga.
“Saya bangga dengan komitmen pemain yang sudah menemui rentak permainan diinginkan bukan saja kepada pengurusan, malah meyakinkan peminat,” katanya semalam.
Pada perlawanan kelmarin, dua gol pemusnah disempurnakan R Surendran dan Mohd Faizol Hussin pada minit ke-43 dan 90.
Mengenai saingan suku akhir pertama Piala FA bertemu Kuala Lumpur esok, Omar mahu semua pemain mempamerkan prestasi menakjubklan seperti yang dipersembahkan pada pertemuan dengan Kelantan.
Menurutnya, kebangkitan yang dipamerkan pemain menyakinkan bahawa peluang untuk mengucup satu piala prestij musim ini boleh tercapai.
Menurutnya, kebangkitan yang dipamerkan pemain menyakinkan bahawa peluang untuk mengucup satu piala prestij musim ini boleh tercapai.
No comments:
Post a Comment