Tuesday, March 1, 2011

PKNS FC terus garang ungguli takhta liga

PKNS FC terus mengungguli tangga teratas Liga Premier dengan 15 mata maksi- mum selepas mudah membelasah SDM Navy 5-1 di Stadium Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang petang semalam.
Ia merupakan kemenangan kelima berturut-turut skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu setelah mereka menewas- kan Sime Darby 1-0, MP Muar 2-0, PDRM 1-0 dan USM FC 1-0 pada aksi sebelum ini.
Pada aksi semalam, PKNS FC mendahului 1-0 pada babak pertama hasil se- pakan penalti Zamri Hassan pada minit-45.
Empat lagi gol diperoleh pada babak kedua menerusi Khairul Akhyar Husain (50, 78), Khairu Azrin Khazali (60) dan Azrif Nasrulhaq Badrul pada minit ke-89.
Kapten PKNS FC, Fadhil Hashim berkata, corak permainan secara berpasukan menjadi kunci kejayaan pasukan itu untuk terus mengekalkan rekod bersih dalam lima perlawanan.
"Beraksi di bawah cuaca panas terik, kami cuba mengasak bagi memburu gol pertama tetapi hanya dapat mendahului 1-0 pada babak pertama.
"Bermula babak kedua, semua pemain menunjukkan persembahan yang lebih baik. Kami membuktikan bahawa ramai pemain mampu menjaringkan gol dalam pasukan ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! selepas perlawanan semalam.
Namun, gawang PKNS FC yang dikawal Razi Effendi Suhit semalam akhirnya bolos juga buat pertama kali sepanjang musim ini menerusi jaringan lewat SDM Navy pada minit ke-81.
"Rekod bersih tidaklah begitu penting kerana apa yang lebih utama ialah kami terus mencatat kemenangan untuk memperkukuhkan kedudukan di tangga teratas liga," jelas Fadhil.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...