Negeri Sembilan yang turun selaku juara bertahan ditunjuk jalan keluar apabila tewas dalam penentuan sepakan penalti 2-4 kepada Kuala Lumpur selepas kedudukan terikat 0-0 sehingga masa tambahan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Jaringan tunggal Hasmarul Fadzil pada minit ke-81 di Stadium Darulaman sudah memadai membawa Felda ke suku akhir - sekali gus mengecewakan naib juara, Kedah 1-0 yang masih tercari-cari sentuhan selepas turut beraksi hambar dalam saingan Liga Super.
Seminit sebelum jaringan kemenangan itu, gawang Kedah hampir dibocori oleh Liew Kit Kong tetapi tandukannya mengenai palang.
Di Stadium Shah Alam, strategi jurulatih Selangor, K Devan yang merehatkan beberapa tonggak hampir memakan diri apabila sekadar menang tipis 2-1 ke atas Harimau Muda B.
Walaupun mendahului selesa 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Razman Roslan yang menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-34 dan Mohd Amirul Hadi Zainal (m-37), tetapi aksi kendur pada babak kedua hampir mengundang padah.
Namun, pasukan Merah Kuning itu terselamat apabila lawan yang bangkit dengan aksi lebih bertenaga berjaya merapatkan jurang menerusi rembatan kapten, D Saarvindran pada minit ke-66 dan hampir mengikat kedudukan menerusi rembatan Muhammad Farizzuan Azhar (m-72) tetapi terkena tiang gol Selangor.
Di Stadium JCORP Pasir Gudang, Mohd Badrie Mohd Radzie muncul wira Kelantan apabila jaringannya pada minit ke-10 membantu pasukannya menewaskan Johor FC 1-0 sekali gus mara ke kelompok lapan terakhir.
Di Stadium MBPJ, tindakan bijak Dollah Salleh mengubah strategi pada babak kedua selepas ketinggalan 1-0 membuahkan hasil apabila anak didiknya bangkit menumpaskan PKNS 3-1.
Ahmad Shahril Zakaria membuka tirai jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-29 tetapi Pahang bangkit meledakkan tiga gol menerusi Fadzli Baharuddin pada minit ke-48, Famirul Ashraf Sayuti (m-54 dan 86).
Di Stadium Perak, tuan rumah terpaksa menunggu 10 minit terakhir sebelum meledak dengan tiga gol menerusi Mohd Nor Hasrul (m-81), Razali Umar Kandasamy (m-83) dan Akhmal Rizal Rakhli (m-89) untuk menyingkirkan Sime Darby 3-0.
sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kedah_NStersingkirawal/Article
AMIRUL Hadi (kanan) mengasak pemain Harimau Muda B, Mohd Nor Hakim Isa pada saingan pusingan kedua Piala FA di Stadium Shah Alam, malam tadi. |
No comments:
Post a Comment