TUGAS penjaga gol, Mohd Anis Faron mengemudi gawang Johor FC dalam aksi pusingan kedua Piala FA menentang Kelantan di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini masih menjadi tanda tanya.
Jurulatih skuad bergelar Lebah, Azuan Zain mengesahkan betapa dia belum memutuskan sama ada Mohd Anis dikekalkan dalam kesebelasan utama selepas aksi hambar ketika tewas 3-0 kepada Terengganu dalam saingan Liga Super, baru-baru ini.
Sebaliknya bekas pertahanan Johor itu akan berbincang dengan jurulatih penjaga gol, Yusri Abdul Aziz untuk mengekalkan penjaga gol utama Johor FC itu atau menyenaraikan penjaga gol kedua, Mohd Fazli Paat beraksi dalam saingan kalah mati itu.
“Sebenarnya tidak timbul prestasi kurang memberangsangkan menyebabkan saya bertindak tegas merehatkan Mohd Anis malah ketika tewas teruk kepada Terengganu boleh dikatakan majoriti pemain beraksi di bawah keupayaan sebenar.
“Jika Mohd Anis diketepi adalah kerana pemain itu perlu diberi rehat selepas terpaksa beraksi dalam tekanan dan tidak timbul masalah prestasi menurun malah saya menganggap dia masih penjaga gol terbaik Johor FC,” katanya.
sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KelibatAnismasihjaditandatanya/Article
No comments:
Post a Comment