Thursday, March 3, 2011

Perak pertahan rekod tanpa kalah

“SAYA tetap berpuas hati dengan keputusan seri setelah berdepan pasukan terbaik di Malaysia.”
Begitu reaksi jurulatih, Norizan Bakar apabila Perak seri 1-1 dengan Harimau Muda A dalam saingan Liga Super di Ipoh malam kelmarin.
Norizan berkata, pasukan lawan merupakan dibarisi pemain muda yang memiliki kepantasan dan sukar ditandingi.
Pemain Perak terpaksa bekerja keras bagi mengimbangi rentak pantas yang diamalkan oleh skuad bimbingan OngKim Swee itu.
Harimau Muda A mengambil masa sebelas minit sahaja untuk menggegar gawang Perak melalui jaringan Wan Zack Haikal.
Lebih 13,000 penyokong skuad Seladang yang memenuhi Stadium Perak cemas seketika apabila Perak terus gagal mencari gol penyamaan ketika permainan semakin menghampiri wisel penamat.
Akhirnya, rekod tanpa kalah Perak berjaya dipertahankan setelah Mohd. Norhazrul Mustafa menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma pada minit ke-85.
“Keputusan seri yang dicatat oleh kedua-dua pasukan adalah adil kerana kesungguhan yang dipamerkan oleh para pemain,” tambah Norizan.
Keputusan itu mengekalkan Perak di tangga kedua liga dengan 12 mata, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Kelantan.
Kelantan berjaya menjarakkan diri daripada Perak setelah mencatat kemenangan 3-0 ke atas Negeri Sembilan.
Sementara itu, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee menyifatkan kelekaan para pemainnya pada penghujung perlawanan menjadi punca mereka terpaksa berkongsi mata dengan Perak.
“Pemain tidak boleh leka sehingga wisel penamat dibunyikan kerana pihak lawan akan sentiasa berusaha menyamakan kedudukan atau mendapatkan kemenangan,” jelas Kim Swee.
Beliau tetap berbangga apabila anak-anak buahnya berjaya mendapat gol awal kerana gawang Perak memang sukar ditembusi.

sumber:

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...