KUALA TERENGGANU - Kejayaan mengalahkan Johor FC 3-0 dalam Liga Super kelmarin membuktikan skuad Penyu sudah meningkat dan semakin menemui rentak sebenar.
Pengurus Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh berkata, kemenangan ke atas skuad Lebah kelmarin, begitu membanggakan.
"Setiap pemain berjaya mempamerkan permainan yang mantap dan berkesan. Tahniah kepada para pemain dengan usaha yang ditunjukkan. Saya harap kecemerlangan ini diteruskan dalam Piala FA menentang Tentera,'' ujar Che Mat.
Pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin, skuad bimbingan Irfan Bakti menguasai sebahagian besar perlawanan.
Abdul Hadi Yahya membuka jaringan pasukan tuan rumah pada minit ke-7, sebelum Ismail Faruqi menjaringkan gol kedua menerusi sepakan bebas lima minit kemudian.
Pemain kebangsaan, Ashari Samsudin turut mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-77 apabila merembat kencang ke penjuru gawang kelab dari selatan tanah air itu untuk gol ketiga.
Kejayaan menumbangkan Johor FC melonjakkan skuad Penyu ke tangga ketiga liga, mengekori rapat pasukan teratas, Perak dan Kelantan.
Mengenai sambutan hambar penonton, Che Mat berkata, kedudukan stadium yang jauh antara punca peminat enggan memenuhi stadium.
"Peminat kita bukan di sekitar kawasan ini saja tetapi di seluruh Terengganu termasuk di Besut dan Kemaman yang terletak hampir 3 jam perjalanan dari sini,'' katanya.
sumber:
No comments:
Post a Comment