Saturday, January 14, 2012

Akhirnya FAM berlembut


HAMIDIN (tengah) berbincang sesuatu dengan Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah (kiri) sambil diperhatikan oleh Azzuddin pada mesyuarat khas di Wisma FAM semalam.

DEMI semangat kesukanan, akhirnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berlembut.
Badan induk bola sepak negara itu mencapai kata sepakat pada mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) kali ke-15 semalam untuk melanjut- kan tarikh pendaftaran pemain import ke- pada 13 Februari depan.
Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menyifatkan langkah tersebut dilihat jalan penyelesaian terbaik bagi mena- ngani kontroversi pendaftaran pemain import di dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2012.
Jelasnya, ahli-ahli jawatankuasa telah bersetuju untuk membenarkan mana-mana pasukan yang berhasrat untuk mengganti atau menukar pemain import mereka sele- pas FAM mendapat kelulusan daripada FIFA berkenaan lanjutan tarikh untuk mendaftar pemain import dalam Liga M.
Hamidin berkata, meskipun tarikh itu dilanjutkan pada bulan depan, namun syarat- syarat pemain import itu masih bertakluk kepada terma terdahulu dengan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan FAM.
"Setiap persatuan negeri atau kelab perlu memastikan pemain import yang mereka mahu didaftarkan wajib bebas daripada masalah kesihatan seperti Hepatitis B.
"Pasukan-pasukan hendaklah merujuk kesahihan pemain dengan dengan pihak sekretariat sebelum mendaftar pemain terbabit.
"Syarat wajib untuk pemain tersebut sebelum didaftar haruslah menjadi ejen bebas sebelum 8 Disember lalu, manakala jendela pemindahan tempatan masih kekal seperti biasa iaitu April depan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar khas FAM di Kelana Jaya semalam.
Hamidin turut menjelaskan, keputusan itu dibuat bukan berdasarkan 'takut' disebabkan kontroversi membabitkan FAM dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), sebaliknya merujuk kepada semua pasukan yang bertanding dalam Liga- M.
"Kita (FAM) telah memperhalusi kesemua rayuan yang dikemukakan, bukan hanya Terengganu tetapi semua pasukan yang gagal mendaftarkan pemain import yang mengalami masalah dokumen, kontrak silap, salah penafsiran dan pelbagai isu lain, dan jawatankuasa berpendapat tempoh pendaftaran tersebut perlu dilanjutkan demi kepentingan bola sepak negara.
"Bukan atas dasar tekanan yang diterima oleh jawatankuasa tetapi kita sedar setelah empat tahun kita tidak menggunakan pemain import, sekretariat FAM telah menghubungi FIFA dan badan dunia itu bersetuju serta membenarkan FAM melanjutkan tarikh tutup pendaftaran pemain import kepada 13 Februari.
"Namun setiap pasukan haruslah meme- nuhi syarat seperti mana yang telah ditetapkan. Hanya tarikh tutup dilanjutkan, tiada perubahan lain," tegasnya.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin memberitahu, beliau berharap semua pasukan mengambil iktibar demi kebaikan bola sepak negara dan tidak timbul lagi isu ini pada masa depan.
"Kita ambil iktibar demi kebaikan bola sepak negara dan saya mohon kepada semua persatuan dan kelab agar perkara ini tidak timbul lagi pada masa akan datang.
"FAM bertolak ansur hanya sekali dan kita berharap setiap pasukan akan mematuhi peraturan dan tempoh masa yang ditetapkan.
"Sekiranya mereka tidak memahami atau mahu bertanyakan sesuatu, mereka boleh merujuk kepada pihak FAM dan jangan buat penilaian sendiri," ujarnya.
Sebelum ini, kontroversi membabitkan FAM dan PBSNT bermula apabila Terengganu menandatangani dua pemain import iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil berdasarkan surat pekeliling bertarikh 23 Disember yang dikeluarkan FAM kepada persatuan negeri Pantai Timur itu.
Lebih menambah kontroversi apabila Ahmad mahu menyaman FAM atas kekeliruan yang timbul pada surat pekeliling bertarikh 23 Disember itu.
Lantaran dengan kekeliruan tersebut, Ahmad dengan nada keras mengemukakan tiga pilihan kepada FAM dengan dua daripadanya, meminta bayaran ganti rugi atau membenarkan dua pemain import itu beraksi bersama Terengganu dalam Liga Super.
Namun, pilihan ketiga Ahmad nyata memeranjatkan pemerhati sukan bola sepak negara apabila Menteri Besar itu mengancam akan menarik penyertaan Terengganu dan T-Team yang beraksi di Liga-M.
Selepas menerima berita gembira, ini bermakna Terengganu kini bebas menurunkan dua pemain import yang didaftarkan pada 4 Januari lalu, iaitu hampir empat minggu selepas 8 Disember lalu.
Juara Piala FA musim lalu itu kini hanya perlu mendaftarkan semula dua pemain tersebut dan mereka perlu menunggu keputusan Vetting Committee yang dipengerusikan Tan Sri Aseh Che Mat sebelum di- benarkan bermain.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...