Sunday, January 15, 2012

Terima kasih FAM - Ahmad



KUALA TERENGGANU - "Syukur dan terima kasih kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Ini maknanya FAM dengar kehendak saya".

Itu reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said terhadap keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM yang memberi kelonggaran kepada persatuan negeri dan kelab melanjutkan pendaftaran pemain import sebelum 13 Februari ini.

Menurut Ahmad, tegurannya terhadap FAM mengenai perkara itu tempoh hari sebenarnya bertujuan untuk sama-sama melihat sukan bola sepak tempatan negara maju serta membangun.

"Saya bersyukur dan terima kasih kepada FAM yang buat keputusan untuk buka semula pendaftaran pemain import. Tujuan ambil pemain ini (import) untuk meningkatkan pencapaian bola sepak tempatan dan jumlah penonton ke stadium.

"Saya puas hati dengan keputusan ini, ia bagi membolehkan pemain import beraksi dan ini disambut baik oleh persatuan bola sepak negeri.

"Saya bukan bercakap sebagai seorang Menteri Besar, tapi saya bercakap bagi pihak peminat bola sepak di peringkat akar umbi, saya juga peminat bola dan saya juga main bola. Jadi, saya tahu kehendak peminat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen NGO's Negeri Terengganu 2012 di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...