Saturday, January 14, 2012

ATM kenduri gol belasah MBJB 5-0



MUAR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula menunjukkan taring sebenar apabila membelasah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) 5-0 dalam pertemuan bola sepak Liga Perdana 2012 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, semalam.

Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak meletakkan ATM di depan pada minit ke-49 sebelum ayam tambatan importnya, Marlon Alex James menyumbat empat lagi gol pada minit-minit ke-62, 71, 72 dan 87.

Ketua jurulatih ATM, B. Satianathan berkata, strategi awal agak merencatkan 
serangan ATM apabila pasukan lawan lebih gemar bertahan.

"Kita memang banyak peluang pada separuh masa pertama tetapi susah dengan corak permainan mereka (MBJB). Ini membuatkan kita banyak membuang masa kerana taktik mereka.

"Apabila tiba separuh masa kedua, kita tidak ada masa dan dapat mengatasinya. Sebelum permainan kita memang yakin akan menang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...