LIGA M musim ini baru memasuki tiga perlawanan tapi gejala rasuah sudah dikesan menyelinap dalam dunia bola sepak tempatan apabila seorang pemain Perlis dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap dakwaan menjual perlawanan membabitkan pasukan negeri itu.
Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) memberitahu pemain muda berusia 20-an, ditawarkan kontrak beraksi bagi musim ini, dipanggil memberikan keterangan Sabtu lalu, selepas didakwa mempunyai maklumat mengenai perlawanan yang menyaksikan skuad Singa Utara tumpas 2-7 kepada Majlis Perbandaran (MP) Muar dalam saingan pertama Liga Perdana, Isnin lalu.
Dipercayai, setakat ini, hanya pemain itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan sekali gus menjadi pemain pertama dikaitkan dengan dakwaan rasuah untuk musim ini.
“Pemain itu kemudian dibenar pulang pada hari sama selepas selesai memberi keterangan dan tidak ditahan SPRM,” kata sumber itu yang enggan dinamakan sambil memberitahu pengurusan PFA memang tidak menafikan kemungkinan wujudnya elemen negatif itu.
Penolong Pengurus, Hamunir Hamzah bagaimanapun berkata, setakat ini pengurusan pasukan negeri tidak mempunyai cukup bukti untuk menuduh atau mengaitkan mana-mana pihak dengan kewujudan gejala negatif yang menyaksikan kekalahan ‘memalukan’ skuad Singa Utara itu.
FAM tidak berdiam diri
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan berdiam diri sebaliknya akan segera menyiasat isu terbaru mengenai dakwaan pemain Perlis terbabit dalam gejala mengatur perlawanan.
Setiausaha Agung badan induk bola sepak tanah air itu, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang maklumat mengenai kes itu namun sedia berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) selepas ini.
“Setakat ini kami belum menerima sebarang maklumat secara rasmi dan tidak rasmi. Saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan hanya berasaskan sumber lain sebaliknya perlu merujuk pihak persatuan Perlis sendiri,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Azzuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru membabitkan seorang pemain baru skuad Singa Utara yang disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sabtu lalu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menjual perlawanan pertama Liga Perdana.
Menurut sumber dalaman PFA, pemain itu dibenar pulang pada hari sama selepas selesai memberi keterangan dan tidak ditahan SPRM.
Menurut Azzuddin, pihaknya memandang serius isu terbaru itu dan bersedia memberikan kerjasama dengan pihak PFA.
“FAM mengambil berat perkara ini dan akan bertindak menghubungi pihak pengurusan Perlis untuk mendapatkan gambaran lebih jelas,” katanya.
Ini kes pertama berlaku musim ini dengan pihak pengurusan PFA sebelum ini tidak menolak kemungkinan wujudnya elemen negatif apabila pasukan mereka kalah teruk 2-7 di tangan kelab, Majlis Perbandaran Muar pada perlawanan pertama Liga Perdana, minggu lalu.

No comments:
Post a Comment