Saturday, January 14, 2012

T-Team dahagakan kemenangan atasi KL



KUALA LUMPUR - Selepas memperoleh kemenangan ke atas Kedah Selasa lalu, T-Team kini mahu terus dahagakan tiga mata pada perlawanan kedua hari ini dengan meletakan sandaran kepada pemain Mohd. Faiz Subri.

Pemain berusia 24 tahun itu akan digunakan untuk mengkucar-kacirkan pertahanan lawan Kuala Lumpur pada saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka petang ini.

Malah, pengendali T-Team, Yunus Alif semakin berkeyakinan pasukannya mampu mengumpul mata penuh selepas melihat prestasi pemain pada perlawanan pertama mereka terutama aksi cemerlang yang dipamerkan Mohd. Faiz.

"Mohd. Faiz adalah pemain yang berpengalaman dan kita perlukan pengalamannya itu. Kita juga mengharapkan pemain lain seperti kapten pasukan Zairo Anuar Zalani mampu untuk meledak gol.

"Pada pertemuan dengan Kedah dalam perlawanan pertama Liga Super saya dapat lihat prestasi pemain berada di tahap yang baik namun kita tidak boleh memandang rendah keupayaan pasukan Kuala Lumpur pada musim ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

T-Team membuka tirai saingan Liga Super musim ini dengan permulaan yang bergaya selepas menundukkan Kedah 3-0.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...