Saturday, January 14, 2012

Irfan tak mahu alasan lagi


Harian Metro

TIADA sebarang alasan lagi buat Selangor selain mengutip tiga mata penuh menerusi aksi pertama mereka di tempat sendiri sekiranya mahu memberikan cabaran dalam merebut kejuaraan liga musim ini.


Harapan tinggi itu disuarakan pengendali, Irfan Bakti Abu Salim selepas menyaksikan anak buahnya terpaksa bangkit selepas melepaskan dua gol awal ketika mencatatkan keputusan seri menentang juara Piala Sultan Ahmad Shah, Negeri Sembilan, Selasa lalu.

“Ini aksi tempat sendiri, tiga mata perlu diraih di Stadium Nasional malam ini. Saya mahu pemain mempamerkan aksi seperti 45 minit babak kedua ketika menentang Negeri Sembilan apabila menentang Perak,” kata pengendali berusia 60 tahun itu.




Bekas pengendali Terengganu itu turut mengingatkan anak buahnya agar berwaspada berikutan kejayaan Perak menumbangkan juara Piala FA 2011, Terengganu terutamanya kemampuan pemain importnya, Michal Kubala yang merembat gol cantik dari luar kotak penalti untuk memberikan kemenangan 1-0 kepada Seladang.

“Pemain tengah ini antara yang perlu diawasi selain kelibat penyerang berpengalaman, Akmal Rizal (Ahmad Rakhli) yang boleh menghadirkan ancaman,” katanya.


Atas dasar itu perubahan kecil bakal dilakukannya di barisan pertahanan bagi memastikan gawang dikawal Norazlan Razali tidak lagi mudah dibolosi.






Jentera serangan dijangka terus dikemudi kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah selain dibantu kemampuan barisan tengahnya ketika penyerang importnya dari Congo, Lelo Mbele masih belum cergas sepenuhnya untuk diturunkan.

Selangor pada musim ini mensasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya satu piala selepas menamatkan musim lalu tanpa sebarang gelaran.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...