Monday, January 30, 2012

Zambri selamatkan maruah Ngap Sayot


Harian Metro

PENYERANG Sarawak, Zamri Morshidi akhirnya menamatkan kemarau jaringan empat perlawanan untuk membantu Ngap Sayot berkongsi mata bagi menafikan Negeri Sembilan pulang tiga mata dalam saingan Liga Super, di Stadium Petra Jaya, Kuching, malam kelmarin.




Jaringan penyamaan pada m-83 itu bukan saja menyelamatkan Sarawak daripada kekalahan ketiga malah, ‘memujuk’ penyokong kembali ke stadium kerana sebahagian besar sudah beransur pulang selepas ketinggalan 1-2.

“Ia sesuatu yang luar biasa apabila kami ketinggalan dua kali, namun bankit semula hasil sokongan rakan sepasukan.

“Sejak saingan liga bermula, saya langsung tidak menjaringkan gol. Jadi, gol sulung ini membantu meningkatkan motivasi saya serta pasukan,” katanya sambil mengakui sudah menemui gandingan baru bersama penyerang import Cameroon, Kalle Sone.

Katanya, sebelum ini dia gagal meledak disebabkan tidak mempunyai keserasian.

“Memang saya tidak mempunyai gandingan sesuai ketika itu, tapi kehadiran Sone umpama ‘hadiah’ baru kepada saya dan pasukan,” katanya.

Dalam perlawanan itu, tuan rumah yang beraksi di hadapan lebih 15,000 penyokong melakarkan keputusan seri 2-2.

Pelawat terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Ahmad Shahkir Md Ali pada m-45 berikutan kesilapan pemain sayap kanan Ngap Sayot, Mohamad Rashid Aya yang gagal mengeluarkan bola dalam kotak penalti.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah membuat percaturan pada babak kedua melalui asakan bertali arus sebelum dihadiahkan sepakan penalti selepas Mohamad Rashid dijatuhkan.

Sepakan itu mudah disempurnakan Sone untuk kedudukan semasa 1-1. Namun, kelekaan bahagian pertahanan membuka ruang membolehkan Negeri Sembilan mendahului m-81 menerusi Shukor Adan.

Negeri Sembilan seolah-olah mampu meraih tiga mata penuh namun, kelincahan Zambri yang menyambut lorongan Sonne menggegarkan kembali Stadium Negeri.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...