Friday, January 13, 2012

Peminat gesa Pengerusi JKPT letak jawatan


Harian Metro

SEHARI selepas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengancam menarik keluar Terengganu dan T-Team daripada beraksi dalam Liga M berikutan dua pemain import negeri itu tidak dibenarkan beraksi, peminat setia negeri itu mendesak Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, bertanggungjawab atau meletakkan jawatan.


Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh), Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata, sebagai orang berkuasa dalam FAM, sepatutnya beliau (Hamidin) perlu bijak menangani masalah itu dan bukannya menyalahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Menurutnya, tindakan Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) dalam menyelesaikan isu itu jelas tidak mencerminkan kewibawaannya dan senario itu sekali gus menyebabkan peminat kecewa kerana terpaksa menunggu sehingga 2 April ini untuk menyaksikan kelibat import beraksi dalam skuad Penyu.




“Saya tidak nampak sikap profesional yang ditunjukkan Hamidin dalam isu ini. Beliau bukan saja enggan meminta maaf kepada PBSNT atas kesilapan FAM, malah turut menggertak untuk mengambil tindakan terhadap PBSNT jika melanggar peraturan.

“Kenyataan Hamidin ini bukan saja tidak menggambarkan semangat kesukanan tinggi, malah boleh dikatakan tidak mampu menguruskan isu ini dengan cara terbaik tanpa merugikan mana-mana pasukan.


“Justeru, saya mewakili peminat bola sepak negeri Terengganu mendesak Hamidin melepaskan jawatan dan digantikan dengan pegawai yang lebih berwibawa yang mempunyai kelulusan undang-undang,” katanya.



Mengenai permintaan Menteri Besar kepada FAM, Wan Mohd Azmi berkata, Kelab Peteh menyokong penuh dan sentiasa berdiri teguh di belakang PBSNT berhubung kenyataan yang disuarakan peminat bola sepak nombor satu negeri itu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...