Friday, January 20, 2012

FAM benar tujuh pemain beraksi


Harian Metro

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju melepaskan sementara tujuh pemain Olimpik kebangsaan untuk mewakili pasukan bola sepak masing-masing untuk satu perlawanan Liga Super 2012 pada minggu depan.



FAM dalam satu kenyataan semalam berkata persetujuan itu dicapai hasil perbincangan antara badan induk bola sepak negara itu dengan ketua jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee. Mohd Azrif Nasrulhaq, dari Selangor PKNS, dibenar pulang pada Khamis depan untuk menyertai pasukannya dan perlu melaporkan diri semula kepada Ong di Hotel Blue Wave, Shah Alam pada Sabtu. Ini kerana hanya satu perlawanan berlangsung pada Jumaat iaitu pasukan Selangor PKNS bertemu Sabah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya manakala pasukan lain akan beraksi pada keesokan harinya. Enam lagi pemain iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), K Gurusamy (Selangor), Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan), Ahmad Fakri Saarani (Felda United) dan dua pemain Terengganu iaitu Mohd Zubir Mohd Azmi dan Mohammad Muslim Ahmad dibenar pulang pada Jumaat dan melaporkan diri semula pada Ahad.

Skuad Olimpik negara akan memulakan kempen kelayakan Olimpik pusingan ketiga peringkat kumpulan dalam perlawanan keempat musim 2012 menentang Bahrain di tempat lawan 5 Februari depan.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...