Monday, January 16, 2012

Saya puas hati: Irfan

BH Online

Selangor pamer kebangkitan tewaskan Perak

SELEPAS dua perlawanan Liga Super 2012, sentuhan jurulatih baru Selangor, Irfan Bakti Abu Salim tampak berjaya menjadikan corak permainan Red Giants lebih menarik dan menghiburkan. 

Bangkit daripada ketinggalan ketika mengikat Negeri Sembilan 2-2 di Paroi, Selasa lalu serta meraih tiga mata penuh di Bukit Jalil ketika menewaskan Perak 1-0, malam kelmarin, Irfan mahu rentak itu diteruskan apabila berdepan FELDA United di Stadium Hang Jebat, petang esok.

Sedar kemenangan ke atas anak-anak buah E Elavarasan mampu membolehkan Selangor merampas tangga teratas daripada T-Team untuk tempoh sekurang-kurangnya empat jam, dua perkara ditegaskan Irfan untuk diambil perhatian.
“Saya puas hati dengan persembahan bertemu Perak. Cuma saya nampak ada sedikit sikap ambil mudah dan terlalu selesa selepas mendahului 1-0. Ia perlu diubah apabila bertemu FELDA United nanti. 

“Keduanya, saya bimbang dengan keadaan padang yang tidak rata di Stadium Hang Jebat. Harap ia tidak terlalu mengganggu perancangan taktikal kami,” katanya ketika ditemui selepas aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin. 

Kemenangan tipis hasil jaringan Safiq Rahim pada minit ke-23 itu meletakkan Selangor di tangga ketiga Liga Super, empat mata di belakang T-Team (6) dan Negeri Sembilan (4). 

Biarpun Selangor dijangka menggantikan penyerang import 'sakit', Lelo Mbele dengan pemain baru, Irfan nyata berpuas hati dengan kekentalan pertahanan import dari Lubnan, Ramez Dayoub. 


“Ternyata kehadiran Ramez memperkuatkan pasukan. Selepas dua perlawanan, dia dilihat berjaya mengekang dua penyerang tinggi, Effa Owona dan Lazar Popovic,” kata Irfan. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...