Monday, January 23, 2012

Aksi keras cemar perlawanan


Harian Metro

AKSI panas dan keras menyaksikan perlawanan Liga Super antara Negeri Sembilan dengan Felda United di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin tercemar apabila membabitkan pergaduhan sesama pemain dan hampir membabitkan penyokong.


Perlawanan yang berkesudahan Negeri Sembilan menang 1-0, menyaksikan tiga kad merah dilayangkan pengadil, Azman Jamaludin yang membabitkan seorang pemain tuan rumah, S Kunanlan dan dua pemain lawan, Farid Ramli dan Hardi Jaafar.

Bagaimanapun tindakan Hardi yang meluru ke arah tempat duduk penyokong Negeri Sembilan sebaik tamat perlawanan menimbulkan kemarahan penyokong dan hampir mencetuskan pergaduhan namun dikawal baik pasukan keselamatan.




Hardi dan penjaga gol Felda United, Hamsani Ahmad, kemudiannya terpaksa dikawal anggota keselamatan ketika menaiki bas, bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini, berikutan kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah masih memenuhi perkarangan luar stadium selepas tidak puas hati dengan tindakan pemain itu yang cuba menimbulkan provokasi.

Bagi ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah, pihaknya mengakui perlawanan itu disifatkan sebagai keras dan panas kerana sering berlaku terjahan yang menyebabkan kecederaan.


Beliau bagaimanapun akur dengan situasi itu kerana dalam bola sepak apa saja boleh berlaku dan ia tidak dapat dijangka apatah lagi masing-masing mahukan kemenangan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...