Saturday, January 14, 2012

Shukor, Idris belum boleh beraksi - NS



SEREMBAN - Negeri Sembilan belum dapat menurunkan Mohd. Shukor Adan dan Idris Karim yang cedera untuk meneruskan saingan Liga Super menentang Johor FC di Stadium Majlis Perbandaran, Pasir Gudang malam ini.

Ketiadaan dua pemain berpengalaman itu memaksa ketua jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah mencatur strategi alternatif sekalipun yang dengan keupayaan barisan muda termasuk pemain import, Jean-Emmananuel Effa Owona.

''Kita jangka perlawanan kedua ini Mohd. Shukor dan Idris boleh diturunkan tetapi mereka belum pulih lagi. Jadi, kita telah membuat perubahan, rancang perlawanan dan bersedia berdepan Johor FC.

''Ini bukan Johor FC dahulu yang kita bertemu pada saingan musim lalu kerana rata-rata pemain mereka merupakan bekas pemain kebangsaan oleh itu kita tetap waspada dengan strategi jurulatih mereka K. Devan," katanya.

Kata jurulatih itu, usaha memburu tiga mata di tempat lawan bukanlah satu misi yang boleh dipandang remeh apatah lagi pasukan lawan sudah pastinya akan mempamerkan keupayaan sebenar di gelanggang sendiri untuk misi yang sama.

Malah, kata Azraai Khor, biarpun dilihat sebagai pilihan pada musim ini, prestasi sebelum ini tidak seharusnya menjadi sandaran, sebaliknya Negeri Sembilan perlu mempamerkan aksi terbaik sepanjang musim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...