Thursday, January 19, 2012

Perlis syak 9 pemain terbabit rasuah

BH Online

PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA), semalam mendedahkan bukan hanya seorang pemain tetapi sembilan anggota skuad Liga Perdana Perlis disyaki terbabit dalam mengatur keputusan perlawanan gara-gara tewas mengejut 2-7 kepada MP Muar pada aksi pertama 9 Januari lalu.


Pendedahan itu diumumkan Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyuarakan semua pemain skuad Singa Utara itu membabitkan pemain lama dan baru menyertai skuad berkenaan pada kempen Liga Malaysia musim ini.
“Apa yang paling mengejutkan suspek ejen bookie terbabit dikatakan turut menawarkan wang sebanyak RM100,000 kepada seorang tonggak importnya, tetapi dia menolak tawaran lumayan itu.
“Kami tidak menolak kemungkinan pemain lain termasuk yang disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga turut ditawarkan jumlah sama seperti pemain import itu,” katanya di sidang media khas di Kangar, semalam.

Shahidan berkata, berikutan laporan yang cukup mengejutkan itu, PFA membuat laporan polis dan SPRM di Kangar pada 11 Januari lalu.

Apa pun, beliau menambah setakat ini PFA belum dihubungi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan isu itu dan berharap badan induk itu memberin perhatian serius terhadap isu rasuah bola sepak. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...