Saturday, January 28, 2012

Chipeta mampu perkukuh jentera serangan Kedah


Harian Metro

BEKAS penyerang dan penjaring terbanyak pasukan Perlis empat musim lalu, Philemon Chipeta dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini bagi menyarung jersi Kedah.

Pengurus pasukan Kedah, Datuk Khazali Din berkata, Chipeta diperlukan bagi mengukuhkan bahagian serangan yang gagal menjaringkan sebarang gol dan hanya mengumpul satu mata selepas empat perlawanan.


“Selain Chipeta, kita juga mencuba seorang lagi penyerang import dari Senegal dan pemain Croatia yang sudah berada di Alor Setar menjalani latihan bersama pemain lain di Stadium Darulaman.



“Kini saya tidak mampu membuang masa dan perlu bertindak segera bagi menggantikan dua pemain import yang kita ikat kontrak sebelum ini,” katanya.


Katanya, beliau kecewa kerana dilemparkan pelbagai tohmahan kerana apa yang dilakukannya sebagai pengurus pasukan adalah ikhlas dan demi kejayaan pasukan.



“Apa saja keputusan dibuat dalam mendapatkan pemain import adalah dengan restu pegawai KFA dan jawatankuasa pemilihan pemain negeri dan bukannya dibuat secara individu.


“Kini matlamat utama saya ialah memastikan kami kembali kepada matlamat utama iaitu memastikan kami menjuarai sekurang-kurangnya satu piala musim ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...