Thursday, January 26, 2012

Kekalahan bakar semangat Sabahawks


Harian Metro

TEWAS tipis di tangan Lions XII FC Sabtu lalu tidak mematahkan semangat skuad Sabahawks untuk terus memburu kemenangan dan kekalahan itu kini menjadi pembakar semangat pemain.


Ketua Jurulatih Sabah, Justin Ganai akan merombak semula beberapa posisi pemain untuk menghadapi Selangor PKNS FC esok.

“Kealpaan barisan pertahanan membawa padah kepada pasukan selain insiden layangan kad merah terhadap Mafry Balang menjejaskan pasukan meraih tiga mata penuh di gelanggang sendiri.




“Saya tidak menaruh harapan besar menentang Selangor PKNS FC tetapi berjanji akan memberi tentangan sengit,” katanya.

Justin mahu anak buahnya bermain bersungguh-sungguh dan sekiranya berjaya memperoleh tiga mata, itu adalah satu bonus buat mereka.


Katanya lagi, beberapa pertukaran posisi akan dilakukan termasuk mencari pemain sesuai menggantikan Mafry Balang yang digantung perlawanan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...