PENGURUSAN Felda United mengambil langkah berhati-hati memilih pemain import berkualiti bagi mengelak daripada memilih pemain ‘tempang’ bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.
Jurulatih, E Elavarasan berkata, walaupun menyedari perlunya menyenaraikan dua pemain import, namun menekankan hanya yang berkualiti akan disenaraikan.
Baginya, dia tidak mahu tersalah pilih pemain yang dilihat bagus namun akhirnya menjadi penumpang.
Katanya, pemain import yang diperlukan mestilah memiliki rekod cemerlang dan reputasi sebagai penggempur berbisa selain bebas daripada kecederaan.
“Buat masa ini kami masih mencuba beberapa pemain asing. Mereka diuji dalam segala aspek termasuk kecergasan. Yang pasti kami tidak terburu-buru menyenaraikan mereka.
“Saya juga enggan mengambil kira rekod kecemerlangan mereka yang lalu. Penilaian terhadap prestasi semasa perlu dilakukan,” katanya.
No comments:
Post a Comment