Monday, January 16, 2012

Penyu Muda garang


Harian Metro

SKUAD berstatus kelab, T-Team yang juga ‘adik’ kepada skuad Terengganu, bukan saja gah mengungguli tangga teratas persada Liga Super, malah skuad itu juga semakin mempamerkan taringnya dengan penyudah yang berkesan.


Selepas berjaya mematahkan sayap Kedah hasil kemenangan 3-0 minggu lalu, petang kelmarin, skuad yang digelar Penyu Muda itu terus mengganas apabila menjadikan skuad Kuala Lumpur mangsa kedua juga dengan keputusan sama.

Bekas pemain tengah kebangsaan, Zairo Anuar Zailani sekali lagi menjadi wira pasukannya apabila dia bukan saja bijak mengatur gerakan berbahaya, malah pemain itu juga turut menghasilkan dua jaringan serta satu gol lagi menerusi Zacharia Simukonda.




“Saya bangga dengan tahap persembahan pemain yang berjaya meneruskan kesinambungan kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan teratas liga terutama dengan jumlah jaringan yang boleh dikatakan besar,” katanya.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...