TENTERA terus melebarkan penguasaan di persada Liga Perdana apabila mengutip kemenangan ketiga berturut-turut selepas menundukkan Harimau Muda B, 2-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam tadi.
Begitupun, skuad kendalian B Sathianathan terpaksa menunggu sehingga minit ke-71 untuk memecah kebuntuan menerusi penyerang Hairuddin Omar yang mendapat umpanan cantik di depan gawang sebelum menewaskan penjaga gol Harimau Muda B, Ilham Amirullah Razali yang beraksi cemerlang sebelum itu.
Di Stadium Olahraga USM, tuan rumah, USM FC bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum merakam kemenangan kedua dengan menundukkan Betaria FC 2-1, hasil dua gol Afzan Zainal Abidin pada minit ke-69 dan 76 walaupun ketinggalan dengan gol Fauzi Abdul Kadir (m-58).
Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor yang mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar, membelasah MBJB FC 5-0, hasil hatrik Fauzi Kassim (m-43, 44 dan 77) dan masing-masing satu Fazly Mazlan (m-57) dan pemain gantian, Ahmad Syamim Yahya (m-58).
Di Stadium Sultan Ibrahim, Muar, tuan rumah Majlis Perbandaran Muar (MP Muar) harus menyalahkan diri sendiri apabila permainan longgar menyaksikan mereka tewas 3-0 kepada Polis yang menggegar menerusi Amri Fazal (m-55) dan dua gol Fauzi Abd Majid (m-69 dan 85).
Di Stadium Selayang, harapan Perlis memungut tiga mata tidak kesampaian walaupun dua kali mendahului Pos Malaysia hasil jaringan Phul Sak (m-23 dan 75) dan Lamin Conteh (m-90) sebelum Pos Malaysia yang ketinggalan 3-2 menyamakan kedudukan menerusi K Premanathan pada masa tambahan.
No comments:
Post a Comment