Monday, January 30, 2012

Azraai puji semangat juang anak buah



SEREMBAN - Biarpun terpaksa berkongsi mata dengan Sarawak pada saingan Liga Super di Stadium Negeri Kuching kelmarin, pengendali skuad Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah tetap berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan anak- anak buahnya.




Walaupun mengakui terdapat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki, Azraai menjelaskan beliau tetap bersyukur kerana pemainnya dapat membawa pulang satu mata berharga dalam perlawanan tersebut.

Malah beliau turut mengakui, bukan mudah untuk menjinakkan pasukan lawan di gelanggang mereka, apatah lagi Sarawak adalah pasukan yang baik dan mana-mana lawan yang bertandang ke negeri itu sudah pasti akan mendapat tentangan yang sengit.

''Memang sedikit kecewa kerana kita sudah mendahului 2-1 tetapi pada minit-minit terakhir perlawanan pemain kehilangan tumpuan, sekali gus membenarkan lawan menyamakan kedudukan," katanya semalam.

Ujar Azraai lagi, walaupun lawan bermain secara fizikal tetapi pemainnya menunjukkan semangat profesional yang tinggi teutama sekali penyerang berbisa mereka, Effa Owona.

''Dalam perlawanan itu jelas kita melihat taktik pasukan lawan yang mahu menyekat pergerakkan Effa tetapi dia masih menjadi watak penting walaupun tidak menjaringkan gol," katanya.

Menurutnya, Effa juga terpaksa dikejarkan ke hospital selepas perlawanan kerana mengalami luka di bahagian pipi akibat di siku lawan.

''Walaupun menerima tiga jahitan di pipi namun Effa tidak pernah merunggut atau bertindak balas ketika di atas padang, malah beliau semangat bersemangat untuk membantu pasukan pada perlawanan akan datang.

''Semanggat profesional seperti inilah yang perlu dalam setiap pemain dan harus dicontohi oleh pamain-pamian muda yang lain," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...