Saturday, January 21, 2012

Liga-S mesra Harimau Muda A: Kim Swee

BH Online

KUNJUNGAN dua hari ke Singapura ternyata meleraikan segala persoalan yang berlegar dalam minda jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berhubung penyertaan skuad B-23 negara itu pada saingan Liga Singapura (Liga-S) 2012 bermula 9 Februari ini. 





Dengan Stadium Yishun yang tidak begitu jauh dari Tambak Johor disahkan sebagai gelanggang sendiri Harimau Muda A, Kim Swee turut lega apabila jadual Liga-S disusun Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) cukup ‘mesra’ dengan pasukannya itu.
“Saingan Liga-S bermula 9 Februari tetapi perlawanan sulung Harimau Muda A mungkin pada 10, 11 atau 12 Februari kerana kita hanya tiba di tanah air pada 7 Februari selepas aksi Kelayakan Olimpik bertemu Bahrain di Manama pada 5 Februari.
“Pihak FAS juga beri jaminan bahawa jadual Harimau Muda A ketika menjelang baki dua lagi aksi Kelayakan Olimpik bertemu Jepun (22 Februari) dan Syria (14 Mac) akan disesuaikan sebaik mungkin. 

“Cuma kita tidak dapat sertai Piala Singapura kerana perlu beri fokus terhadap Kelayakan Kejuaraan B-22 AFC 2013 pada Jun depan,” kata Kim Swee ketika dihubungi setibanya di Sepang, petang semalam. 

Kim Swee ke Singapura, kelmarin bersama-sama pengurus pasukan, Datuk Afandi Hamzah bagi sesi taklimat mengenai Liga-S oleh pihak FAS serta meninjau keadaan Stadium Yishun. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...