Saturday, January 14, 2012

Lebah waspada amukan jentera Negeri Sembilan


Harian Metro

BUKAN saja barisan serangan perlu tajam melakukan penyudah, malah benteng pertahanan Johor FC harus waspada dengan asakan Negeri Sembilan apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam saingan Liga Super di Stadium Pasir Gudang, malam ini.


Kelibat pemain import skuad Hoben Jang Hoben, Jean-Emmanuel Effa Owana yang sudah meledakkan empat gol pasti menjadi igauan buruk buat skuad bergelar Lebah andai benteng pertahanan memberi ruang kepada pemain Cameroon itu.

Justeru, jurulatih Lebah, K Devan bakal membuat rombakan kecil di benteng pertahanan selepas ketiadaan Mohd Hasni Zaidi yang terpaksa disisihkan akibat dilayang kad merah ketika menentang PKNS FC.




Bekas jurulatih Selangor itu mungkin menurunkan Ismail Suboh atau Khairi Kiman bagi mengemudi bek kanan manakala Mohd Khaironnisam Sahabudin dan Mohd Khairul Ismail yang beraksi cemerlang pada perlawanan pertama Liga Super, akan digandingkan bersama.

“Kecederaan Ismail (Suboh) belum pulih sepenuhnya namun saya akan nilai pemain itu ketika latihan hari ini (semalam). Apapun pemain import Negeri Sembilan (Effa Owana) harus disekat.” katanya.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...