Thursday, January 26, 2012

Stadium Hang Jebat lepasi syarat



KUALA LUMPUR - Perlawanan bola sepak di Stadium Hang Jebat, Melaka kini boleh dilangsungkan pada sebelah malam selepas melepasi tahap pencahayaan minimum lampu limpah seperti yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini menjadikan Stadium Hang Jebat venue terakhir melepasi syarat-syarat dan menjadikan semua perlawanan Liga Super boleh dilangsungkan pada sebelah malam.

Menurut kenyataan FAM, pihaknya telah mengukur tahap pencahayaan lampu limpah Stadium Hang Jebat pada Ahad lalu dan didapati ia melepasi tahap pencahayaan minimum 800 lux seperti yang ditetapkan.

Stadium Hang Jebat menjadi tuan rumah buat dua pasukan Liga Super, Kuala Lumpur dan Felda United musim ini menggantikan sementara laman asal mereka di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras yang masih dalam proses penambahbaikan.

Felda United akan membuka tirai bermain pada waktu malam di stadium itu menentang Perak bermula 8.45 malam Sabtu ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...