Friday, January 6, 2012

Hai-O kapten Tentera

HAIRUDDIN Omar atau dikenali dengan panggilan mesra Hai-O diumumkan selaku kapten skuad Tentera menjelang saingan Liga Perdana musim 2012 bermula Isnin ini. 

Ketua jurulatih Tentera, B Sathianathan, berkata pihak pengurusan merestui pelantikan pemain yang membantu Negeri Sembilan muncul juara pada 2009 dan Kelantan pada 2010 dan kemudian Negeri Sembilan sekali lagi pada 2011.

Katanya, Hairuddin, 32, dipilih kerana berpengalaman luas dalam Liga Malaysia serta memiliki taraf disiplin tinggi serta dihormati semua pemain.
“Secara peribadi saya mengenali Hairuddin sejak zaman remajanya dalam skuad kebangsaan dan skuad Olimpik negara satu ketika dulu,” katanya. 

Selain melantik Hairuddin, pihak pengurusan pasukan juga melantik pemain tengah yang juga bekas pemain Johor FC, Rezal Zambery Yahya sebagai pembantu Hairuddin. 

Hai-O yang berasal dari Setiu, Terengganu berkata: “Ini satu tugas berat penuh cabaran terpaksa dipikul dan saya banyak mengharapkan sokongan rakan sepasukan.” 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...