Wednesday, January 11, 2012

‘Tak guna berkelahi’


Harian Metro

“TAK guna cakap banyak, jika perlu bincang kita sedia bincang, saya tidak berkelahi dengan dia (Datuk Hamidin Mohd Amin), bahkan semalam (malam kelmarin) saya cuba menghubunginya dua kali untuk berbincang, namun tidak dijawab,” kata Datuk Che Mat Jusoh berhubung kontroversi membabitkan pemain import negeri itu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


Menurut Che Mat, beliau tidak mahu kemelut yang melanda Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dengan badan induk bola sepak negara itu berpanjangan sambil menganggap isu itu sudah selesai dan kini sudah tiba masanya untuk memberi tumpuan terhadap Liga M.

Bagaimanapun Che Mat sedia bersemuka dengan Naib Presiden FAM itu bagi merungkai kemelut yang membabitkan pemain import Terengganu andai dipanggil untuk diberi penjelasan.




“Saya anggap isu PBSNT dengan FAM ini kosong-kosong, tidak perlu berbincang lagi tapi sekiranya dipanggil, saya sedia bertemu Hamidin untuk menjelaskan isu berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...