Wednesday, January 4, 2012

Mahali kapten baru Harimau Muda A

MAHALI pemain paling senior dalam pasukan Kim Swee.
MAHALI pemain paling senior dalam pasukan Kim Swee


Hadapi saingan Liga Singapura bermula 9 Februari ini 

PEMAIN pertahanan kanan, Mahali Jasuli secara rasmi diumum selaku kapten baru skuad Harimau Muda A bagi menghadapi saingan Liga Singapura 2012 bermula 9 Februari ini.

Perkara itu disahkan jurulatih skuad B-23 negara, Ong Kim Swee pada sesi latihan pertama skuad berkenaan di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, petang semalam.
“Mahali adalah pemain paling senior dalam pasukan dan saya yakin dia mampu membimbing pemain muda lain terutama yang baru diserapkan dari skuad Harimau Muda B. 

“Saya juga melantik Affize Faisal Mamat dan Irfan Fazail sebagai penolong kapten,” kata Kim Swee ketika ditemui sebelum sesi latihan. 

Pemilihan Mahali, 23, itu dibuat Kim Swee selepas dia kehilangan dua pemain yang pernah menggalas tugas kapten Harimau Muda A sepanjang 2011 iaitu Muslim Ahmad dan K Gurusamy yang kini sudah berpindah ke Terengganu dan Selangor. 

Dalam sesi latihan pertama, petang semalam menyaksikan 29 pemain disenaraikan Kim Swee turun menjalani latihan kecuali enam pemain cedera yang sekadar menjalani latihan ringan. 
“Saya masih belum boleh menggunakan khidmat Izzaq Faris Ramlan, Gary Steven Robbat, Syahid Zaidon, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan Irfan yang semuanya masih cedera. 

“Cuma saya harap muka-muka baru tersenarai kali ini harus mengekalkan disiplin dan cuba belajar mencari pengalaman sepanjang saingan Liga Singapura nanti. Selepas seminggu, latihan kita akan lebih keras,” tegas Kim Swee. 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...