MESKIPUN menyedari tugas lebih mencabar bakal digalas sepanjang saingan Liga M musim ini, penyerang muda Negeri Sembilan, Mohd Firdaus Azizul bersedia melaksanakannya.
Pemain berusia 23 tahun yang menyambut hari kelahirannya hari ini, mengaku prestasinya semakin meningkat untuk menentang Kelantan pada perebutan Piala Sumbangsih di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Malah, dia berazam mengulangi persembahan cemerlang sepanjang musim lalu apabila membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia.
“Saya akui tugas yang bakal digalas musim baru berbeza berbanding musim lalu, kerana dijangka lebih mencabar dengan penampilan pemain import.
“Sandaran diletakkan pengurusan pasukan amat tinggi tapi saya sedia menggalas tanggungjawab itu seperti diharapkan jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah.
“Pastinya, saya akan berusaha keras membalas kepercayaan beliau dalam usaha mempertahankan reputasi dan menjulang nama pasukan,” katanya.
Firdaus antara tonggak utama sepanjang musim lalu apabila sering bergandingan dengan Hairuddin Omar dan Shahurain Abu Samah di barisan depan.
No comments:
Post a Comment