Monday, January 9, 2012
Misi Jengking benam Polis
SEJAUH mana kemampuan Johor menghakis zaman suram yang dialami selepas era 90an kini bakal terjawab apabila memulakan kempen Liga Perdana menentang Polis di Stadium Pasir Gudang, malam ini.
Skuad yang bergelar Jengking yang sudah menjalani proses pembentukan barisan mantap sejak Oktober lalu dengan mendapatkan khidmat beberapa muka baru dan berpengalaman selain mengharungi siri perlawanan persahabatan di Indonesia disasarkan untuk menyinar pada saingan musim ini untuk layak ke Liga Super musim 2013.
Namun ia pasti menjadi tugas berat buat ketua jurulatih K Sukumaran yang perlu merencana taktik berkesan bagi memburu kemenangan pertama di laman sendiri dan bukannya sekadar menganggap aksi pertama sebagai ujian mencari kesesuaian rentak permainan.
Suntikan bajet mencecah RM3.2 juta turut beri kesan kepada pemain supaya tidak memikirkan lagi soal kewangan yang sering menghantui setiap pemain berhubung kelewatan pembayaran gaji malah akur janji menerusi angkat sumpah selepas menandatangani kontrak beri gambaran Johor memandang serius untuk membanteras gejala rasuah. “Buat masa ini pemain saya sudah bersedia pada aksi pertama walaupun mungkin perlu sekurang-kurang dua atau tiga perlawanan bagi mendapat rentak tetapi aksi di laman sendiri amat penting meraih tiga mata.
“Siapa yang akan turun dalam kesebelasan utama belum saya putuskan kerana perlu buat sedikit perubahan taktikal,” katanya.
Berhubung status pemain impot, Richard Offiong, Sukumaran mengesahkan pemain dari England itu akan kembali ke Eropah dan akan beraksi di Liga Premier Iceland selama dua bulan dan kembali beraksi untuk Johor pada April ini.
Katanya, buat masa ini pemain impot dari Togo, Esseh Soudian Adah menjadi sandaran utama Johor mengemudi jentera serangan dan bakal digandingkan sama ada bersama Ahmad Syamim Yahya atau Mohd Fauzi Kassim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment