Friday, September 30, 2011

PBNS buru dua awang import


SEKALIPUN fokus ketika ini terarah kepada persiapan menghadapi saingan suku akhir Piala Malaysia 10 Oktober ini, persiapan bagi musim depan turut diberikan perhatian oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) apabila sudah merancang untuk mendapatkan dua pemain import.

Menteri Besar yang juga Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata dua pemain berkenaan membabitkan posisi penyerang dan pertahanan dengan pemain dari negara Slovakia antara yang menjadi pilihan.

Begitupun beliau berkata, PBNS tidak akan bertindak terburu-buru memilih pemain import kerana tidak mahu `pisang berbuah dua kali’ sebaliknya lebih berhati-hati bagi memastikan pemain dibawa benar-benar berwibawa dalam membantu kejayaan pasukan.


Menurutnya, pencarian pemain berkenaan dijalankan menerusi persatuan bola sepak negara terbabit dan bukannya melalui ejen seperti sebelum ini, bagi mengelak sebarang kesilapan apabila pemain dipilih tidak menepati kriteria diperlukan.

“Malah kita juga tidak mahu lagi mengambil pemain import dari negara Afrika kerana berdasarkan pengalaman lepas, ramai pemain dari negara itu yang dibawa ke sini tidak menepati apa yang kita harapkan dan gagal membantu kepada kejayaan pasukan.

“Kali ini kita memerhatikan pemain dari Slovakia yang dilihat lebih sesuai namun kita juga perlu melihat dari segi kemampuan kewangan persatuan sebelum bersetuju menerima mereka,” katanya di Seremban, semalam.



Menurut Mohamad, Negeri Sembilan perlu membentuk skuad lebih mantap bagi musim depan kerana pihaknya yakin saingan bakal lebih mencabar dan Negeri Sembilan mahu terus berada dalam senarai pasukan terbaik bagi menjulang setiap piala yang dipertandingkan.

“Kita berharap usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil bagi meletakkan Negeri Sembilan terus cemerlang,” katanya.


Sebelum ini FAM sudah memberi lampu hijau kepada setiap pasukan untuk mengambil dua pemain import bagi saingan musim depan, mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Safee, Mat Yo jadi sandaran


GANDINGAN berbisa, Mohd Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha kembali menjadi pertaruhan terbaik ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal untuk menggempur barisan terkuat Australia pada aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, 7 Oktober ini.

Kehadiran semula dua penyerang utama skuad Harimau Malaya itu amat dinanti-nantikan selepas harapan untuk melihat penggempur digeruni ketika Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu tidak kesampaian pada pusingan kelayakan Piala Dunia lalu akibat masalah kecederaan.

Menurut Rajagobal, beliau tidak sabar untuk melihat semula Safee dan Norshahrul atau Mat Yo bergandingan menerajui bahagian serangan.


“Ini masa yang terbaik untuk saya melihat dua pemain ini bermain semula dan saya berharap mereka dapat beraksi dengan baik,” katanya yang mengendalikan sesi latihan pusat pertama bersama 26 pemain di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Pada perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia menentang Singapura Julai lalu, Safee terpaksa ‘berseorangan’ apabila Norshahrul mengalami kecederaan hamstring yang menyaksikan Malaysia tumpas dalam aksi timbal balik menerusi agregat 6-4 kepada musuh tradisi itu.

Kali terakhir mereka beraksi bersama pada Februari lalu ketika Harimau Malaya mengalahkan Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam.



Sementara itu Safee yang baru pulang daripada menjalani latihan bersama kelab Cardiff City kelmarin turut teruja untuk kembali beraksi di sisi Norshahrul.

“Ini baguslah untuk pasukan kebangsaan apabila kami dapat bersama semula, dia (Norshahrul) pun sudah pulih daripada kecederaan, prestasi dia dalam saingan Piala Malaysia juga bagus, harap saya dan dia dapat beraksi bersama menentang Australia,” katanya.


Aksi menentang Socceroos ini bakal menjadi ujian besar buat Rajagobal yang bakal mempersiapkan diri untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF tahun depan selepas mereka gagal dalam misi kelayakan Piala Dunia.

Bagi Rajagobal, beliau menganggap pertemuan dengan skuad kendalian Holger Osieck ini adalah pendedahan terbaik buat anak buahnya yang kali ini turut dibarisi muka-muka baru antaranya Wan Zaharulnizam Zakaria, Syahrul Azwari Ibrahim, K Reuben dan Norazlan Razali.

“Ini kesempatan terbaik untuk pemain-pemain mendapat pengalaman apabila bertemu dengan pasukan bertaraf dunia seperti Australia. Ini juga peluang untuk saya menilai kemampuan pemain berdepan pasukan kuat dari aspek teknikal, mental dan fizikal,” katanya.

KAFA restui keputusan Sathianathan


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, penghijra- han bekas ketua jurulatih Kelan- tan, B. Sathianathan sebagai jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu adalah dengan kerelaannya.
Katanya, beliau merestui penghijrahan Sathianathan itu dengan hati terbuka demi masa depan jurulatih berkenaan.
"Saya sangat memahami sikap Sathianathan dan telah berbincang dengannya secara terbuka," katanya ketika diminta mengulas kedu- dukan Sathianathan yang akan menjadi jurulatih ATM bagi kempen Liga Premier musim depan.
"Dia berhasrat kembali ke bidang kejurulatihan. Bagi saya, tak ada masalah memberi ruang kepadanya kerana dia sangat profesional dan berkaliber serta mempunyai bakat yang tinggi.
"Kalau saya tak benarkan, dia tidak akan tinggalkan Kelantan kerana minatnya begitu tinggi dan terhutang budi kepada negeri ini," katanya.

Misi Safee

Safee Sali




Radovic yakin Safee mampu pikat kelab Liga-A dan ia bukan angan-angan kosong; sanggup bantu jika layak 

MISHA Radovic beranggapan impian Safee Sali mahu memikat kelab Liga Australia pada perlawanan persahabatan di Canberra 7 Oktober ini sebenarnya bukan angan-angan kosong.

Malah, jurulatih kelab Pelita Jaya FC itu menyuarakan dia tidak mahu bakat milik penyerang sensasi itu tersekat dan sanggup membantu anak didiknya itu hadir dalam Liga-A itu jika benar dia layak.
“Jika dia (Safee) benar-benar layak, saya boleh membantunya untuk beraksi di sana,” kata Radovic ketika Safee mula menyarung jersi Pelita Jaya Mac lalu. “Dia berpotensi untuk menjadi penyerang terbaik rantau ini dan saya tidak akan biarkan bakatnya terhenti di sini.” 

Radovic yang berpengalaman hampir 10 tahun mengendali kelab di Australia dan mempunyai ramai kenalan di sana mampu membantu merealisasikan impian Safee kerana dia kagum dengan kegigihan pemain ini membantu kelab Indonesia dalam Liga Super. 

Safee sudah menyumbat tujuh gol dalam 13 penampilan pertamanya di Pelita Jaya. 

Safee turut mendapat peluang berlatih bersama kelab Inggeris, Cardiff City yang dimiliki usahawan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee, tetapi selepas dua minggu berada di sana, Safee hanya beroleh peluang 10 hari untuk mempamer kemampuannya.

Irfan fokus pertembungan suku akhir


KUALA TERENGGANU - Keputusan seri tanpa jaringan dengan Negeri Sembilan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin tidak merencatkan semangat juang skuad Penyu untuk mara lebih jauh pada kempen kali ini.

Malah jurulatih Terengganu, Irfan Bakti berpuas hati apabila pasukan bimbingannya layak ke suku akhir Piala Malaysia walaupun dengan status naib juara kumpulan di belakang Negeri Sembilan.

Beliau yakin Terengganu akan beraksi lebih baik apabila bertemu Kelantan pada suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 10 Oktober ini.

Irfan menjelaskan, pemain Terengganu tidak dapat menunjukkan prestasi sebenar ketika menentang Negeri Sembilan kelmarin, kerana beraksi di padang becak akibat hujan lebat dan ribut.

"Saya berpuas hati dengan pencapaian Terengganu yang layak ke suku akhir walaupun seri dengan Negeri Sembilan.

"Tumpuan sekarang ialah untuk layak ke separuh akhir," katanya di sini semalam.
Mengenai aksi menentang Kelantan nanti, Irfan berkata, walaupun berjaya menewaskan pasukan jiran itu pada final Piala FA lalu, ia tidak menyebabkan Penyu mendabik dada.

"Kita akan beraksi seperti biasa pada perlawanan dengan Kelantan di sini (Kuala Terengganu) pada 10 Oktober ini," ujarnya.

Kelantan susun strategi hadapi Terengganu


KOTA BHARU - Juara Kumpulan C, Kelantan melakukan persediaan awal untuk menghadapi Terengganu pada aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia pada 10 Oktober ini.

Skuad Red Warriors mengesahkan juara kumpulan apabila mengalahkan pasukan berstatus kelab, Felda United 2-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Bharu, kelmarin.

Jurulatih Kelantan, Datik M. Karathu berkata, dia akan membuat persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan suku akhir pertama menentang Terengganu.

"Pemain diberikan cuti dua hari selepas tamat perlawanan peringkat kumpulan.

"Pemain akan kembali menjalani latihan seperti biasa pada Jumaat.

"Ketiadaan beberapa pemain tonggak yang menjalani latihan bersama skuad kebangsaan memang agak menjejaskan persiapan pasukan.

"Namun itu tidak boleh dijadikan alasan sebaliknya kami perlu bersedia untuk pertemuan suku akhir nanti," katanya.

Pada aksi terakhir peringkat kumpulan kelmarin, Red Warriors yang sudah layak ke suku akhir merehatkan beberapa pemain tonggak.

Kelantan diberi tentangan pada awal perlawanan sebelum berjaya menghasilkan gol pertama menerusi penyerang sensasi Noshahrul Idlan Tahala pada minit ke 62.

Norshahrul terus menceriakan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-71.

Karathu berkata, dia merehatkan beberapa pemain tonggak pada perlawanan tersebut sebagai persediaan untuk perlawanan suku akhir.

"Saya berpuas hati dengan aksi pemain dari skuad Piala Presiden iaitu Nik Mohd. Shahrul Azim dan beberapa lagi yang sebelum ini berada di bangku simpanan.

"Walaupun masih muda, dia (Mohd. Shahrul Azim) menunjukkan mutu permainan yang baik.

"Saya harap pengalaman yang diraih dalam perlawanan ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk perlawanan akan datang," katanya.

Uji pemain Ivory Coast, Croatia


KOTA BHARU – Juara Liga Super, Kelantan membuat persiapan awal saingan musim depan apabila bakal menguji enam pemain import untuk diserapkan ke dalam pasukan itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata, enam pemain tersebut akan diuji secara berperingkat dalam beberapa siri perlawanan persahabatan.

Menurutnya, ujian tersebut penting buat Red Warriors sebagai persiapan awal mengharungi musim yang lebih mencabar tahun hadapan.

“Enam pemain tersebut ialah dari Ivory Coast, Croatia, Ghana dan Nigeria. Tiga pemain akan diuji pada perlawanan persahabatan dengan kelab Thailand, Songkla FC manakala selebihnya dalam beberapa siri persahabatan yang lain.

“Dari jumlah tersebut hanya tiga pemain yang akan dipilih.

“Bagaimanapun hanya dua akan didaftarkan untuk saingan Liga Malaysia seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Seorang lagi akan di daftarkan untuk beraksi dalam saingan kejohanan Asia.

“Selain itu juga kita sedang meneliti untuk mengambil seorang lagi pemain import secara pinjaman dari Asia untuk melengkapkan jumlah empat pemain bagi menghadapi saingan Asia, ia dibenarkan oleh Persekutuan Konfederasi Bola Sepak Asia(AFC),” katanya di sini semalam.

Annuar memberitahu meskipun persiapan tersebut dilihat terlalu awal, ia penting buat Kelantan untuk persaingan peringkat antarabangsa.

“Kita tidak mahu mengambil mudah saingan peringkat Asia.

“Kita jangka senarai penuh pemain yang akan menyarung jersi Kelantan termasuk jurulatih mungkin dapat diketahui pada akhir Oktober ini,” katanya.

Annuar juga menjelaskan 90 peratus pemain yang bersama Kelantan musim ini, telah menyatakan persetujuan untuk kekal musim depan.

Thursday, September 29, 2011

Azraai waspada ancaman Felda


MENYEDARI cabaran berliku bakal dihadapi, jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah akan menggunakan tempoh rehat 12 hari membuat persiapan lebih rapi bagi memperkemaskan skuad Negeri Sembilan menjelang saingan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Felda United, 10 Oktober ini.

Sambil mengaku Felda United tidak boleh dipandang rendah, pengendali berpengalaman itu sedar perlunya prestasi pasukan ditingkatkan demi kejayaan.

Menurutnya, selain seimbang, skuad bimbingan E Elavarasan itu turut diperkuat kehadiran tiga pemain skuad Harimau Muda yang banyak membantu kejayaan pasukan.


“Kami menghormati Felda United selepas melihat kekuatan pasukan itu dan saya percaya ia memberi laluan sukar buat Negeri Sembilan.

“Apapun, kami akan menggunakan tempoh yang ada untuk memperkemaskan pasukan sementara pemain juga sudah diingatkan supaya kekal fokus kepada matlamat mencatat kemenangan,” katanya semalam.

Menurut Azraai, persembahan anak buahnya sepanjang mengharungi enam perlawanan peringkat Kumpulan B termasuk terakhir menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail, malam kelmarin, membantunya mengenal pasti setiap kelemahan.



“Kami harus akui saingan suku akhir amat berbeza berbanding cabaran peringkat kumpulan, justeru ia memerlukan perancangan dan strategi baru bagi memastikan setiap gerakan menghasilkan keputusan memuaskan,” katanya.

Norshahrul sasar Kijang mara ke separuh akhir


PENYERANG sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha meletakkan sasaran mara ke separuh akhir saingan Piala Malaysia musim ini selepas meledakkan dua gol dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan ketika menentang Felda United di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Ayam tambatan Kelantan yang lebih popular dengan panggilan Mat Yo itu tekad mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi The Red Warriors tahun lalu, dengan gol ketika menentang Felda United itu menjadi pemangkin.

“Untuk perlawanan di peringkat suku akhir, kami harap dapat meneruskan momentum cemerlang dan meningkatkan lagi kualiti permainan kerana saingan pasti lebih mencabar,” katanya.

Ketua jurulatih, Datuk M Karathu berkata, pasukannya kini mempunyai masa membuat persiapan sebelum beraksi di suku akhir menentang juara Piala FA, Terengganu pada 10 Oktober ini.

Katanya, sebelum tiba kemuncak perlawanan di suku akhir, jurulatih berpengalaman dari Perak itu berharap pemainnya yang cedera segera pulih kerana tentangan sengit pasti menunggu juara bertahan itu.

“Kami ada masa untuk membuat percaturan sebelum beraksi di suku akhir namun beberapa pemain yang mengalami kecederaan mengganggu sedikit persiapan kami. Kami harap mereka segera pulih,” katanya.



Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan memberikan bonus RM2,000 kepada setiap pemain atas kejayaan layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Bonus itu akan disampaikan pada Majlis Hari Terbuka 1Malaysia Mayang Parlimen Ketereh di Dewan Tun Ghafar Baba, Komplek Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala, Melor jam 8.30 malam, esok.

Keputusan pengadil tak masuk akal


WAN Jamak Wan Hassan menganggap pengadil perlawanan sebagai punca kegagalan Kedah layak ke suku akhir Piala Malaysia musim ini apabila skuad Kenari itu sekadar seri 1-1 dengan Perak, malam kelmarin.

“Kami sepatutnya dapat dua gol bersih tetapi dirompak pengadil apabila membatalkan dua gol kami pada babak pertama. Pengadil membuat keputusan yang tidak masuk akal,” kata jurulatih Kedah itu.

Jaringan Badrol Bakhtiar seawal minit ke-11 dan Mohd Faizal Abu Bakar pada minit ke-38 dibatalkan pengadil perlawanan dengan alasan pemain Kedah berada dalam keadaan ofsaid selain Faizal mengganggu penjaga gol Perak, Kamarul Affandi.


“Saya mahu FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan pengerusi pengadil melihat semula ulang tayang perlawanan itu bagi memastikan tindakan yang dibuat pengadil itu betul ataupun tidak,” kata Wan Jamak.

Kedah menguasai hampir keseluruhan perlawanan dengan melakukan banyak serangan berbahaya namun gagal menghasilkan gol disebabkan kekentalan pertahanan Perak.

Keputusan kontroversi pengadil itu juga menyebabkan lebih 20,000 penyokong setia tidak puas hati sehingga ada segelintir bertindak agresif membaling objek ke arah pengadil ketika tamat separuh masa pertama.



Mereka juga berkumpul di perkarangan stadium selepas perlawanan sambil bersorak dan menyanyikan lagu pasukan. Keputusan itu menyebabkan Kedah hanya mampu menduduki tangga ketiga Kumpulan A, di belakang Perak dan Sabah sekali gus gagal ke peringkat seterusnya. - Bernama

Terengganu berdepan 'maut'


JURULATIH Terengganu, Irfan Bakti seperti sengaja 'menempah maut' dalam misi mencatat sejarah untuk membawa pasukannya menjulang Piala Malaysia musim ini.
Kelmarin, skuad kendaliannya itu sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Negeri Sembilan untuk menghuni kedudukan kedua dalam Kumpulan B.
Keputusan itu sekali gus meletakkan Terengganu dalam situasi sukar apabila mereka dijadualkan menentang Kelantan pada aksi suku akhir.
Apa yang pasti, pertembungan pada 10 dan 14 Oktober itu diibaratkan sebagai ulangan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil, Jun lalu yang menyaksikan Terengganu muncul juara.
Namun bagi Irfan sendiri, dia enggan terlalu bermegah dengan rekod Piala FA itu, sebaliknya tetap menghormati reputasi lawan sebagai pasukan No. 1 negara masa kini.
"Kami akan menentang Kelantan di suku akhir dan kami tidak boleh lari daripada hakikat ini.
"Kami perlu berdepan mereka dengan kekuatan yang kami ada dan saya tidak perlu tertekan dengan perlawanan ini," katanya emalam.
Irfan menambah, sasaran awal pasukannya adalah untuk melayakkan diri ke suku akhir tidak kira atas tiket juara ataupun naib juara kumpulan.
Malah katanya, kejayaan berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik adalah sesuatu yang membanggakan.
"Pemain-pemain telah membuktikan mereka berhak berada di suku akhir dan kami akan teruskan rentak ini.
"Apa yang saya harapkan penyokong Terengganu akan terus berada di belakang kami terutamanya ketika berdepan Kelantan di Kuala Terengganu pada 10 Oktober depan," ujarnya.
Mengulas mengenai perlawanan kelmarin, Irfan mengakui hujan lebat sehingga memaksa pengadil menangguhkan perlawanan kira-kira sejam sedikit menganggu fokus anak-anak buahnya.
"Pemain terpaksa bermain di padang becak dan memang sukar jika mereka beraksi mengikut corak permainan biasa.
"Saya juga akui ada beberapa pemain yang gagal memberikan aksi terbaik pada perlawanan malam kelmarin," tambahnya.

Kebangkitan Gergasi Merah


"JIKA Liverpool mampu bangkit ketika menentang AC Milan selepas ketinggalan tiga gol untuk menjulang Piala Eropah pada tahun 2005, mengapa kita (Selangor) tidak boleh berbuat demikian?.
Kata-kata perangsang jurulatih, P. Maniam menjadi pencetus semangat pemain Gergasi Merah itu di bilik persalinan ketika ketinggalan 0-1 kepada Kuala Lumpur menerusi jaringan, Muhd. Shahrom Abdul Kalam pada minit ke-37.
Nyata, sentuhan Maniam akhirnya menjadi apabila jaringan Mohd. Razman Roslan pada minit ke-65 menyamakan kedudukan sebelum Amri Yahyah selaku ketua pasukan menglengkapkan kemenangan dengan menanduk bola ke gawang pasukan pelawat selang sepuluh minit kemudian.
Kemenangan ke atas Kuala Lumpur bukan sahaja melayakkan Selangor ke pusingan suku akhir Piala Malaysia malah menyelamatkan maruah pasukan Gergasi Merah itu yang mempamerkan aksi hambar sebelum ini.
Maniam berkata, semangat untuk memburu kemenangan mula hadir selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-0 pada 24 September lalu juga antara salah satu pencetus terhadap kebangkitan mereka.
"Selepas menang dengan PDRM, keyakinan pemain-pemain saya untuk memburu kemenangan bertambah baik dan berjaya bekerja sebagai satu pasukan.
"Namun ketika menentang Kuala Lumpur semalam (kelmarin), selepas ketinggalan satu gol (menerusi Muhd. Shahrom) pada minit ke-37, saya memberitahu jika Liverpool mampu menjadi juara Eropah walaupun ketinggalan tiga gol, sudah tentu kita boleh lakukan juga," katanya ketika ditemui Kosmo!semalam.
Jelasnya, beliau bangga dengan semangat pemain yang tidak mengenal erti putus asa dan mempunyai keyakinan tinggi untuk mencapai kemenangan untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir.
Katanya, Misi 33 Piala Malaysia masih menjadi keutamaan Selangor namun apa yang lebih penting adalah menumpukan perlawanan menentang Perak dalam suku akhir pertama nanti.
"Sudah tentu Misi 33 masih menjadi keutamaan pasukan Selangor. Akan tetapi, saya tidak mahu berfikir terlalu panjang (mengenai Misi 33) sebaliknya fokus dahulu pertemuan dengan Perak di Stadium Shah Alam pada 4 Oktober ini.
"Walaupun Perak beraksi tanpa lima tonggak utama (Shahrulnizam, Akhmal Rizal Ahmad Rakhli, Mohd. Nasril Nourdin, Mohd. Syazwan Roslan dan Azmeer Yusoff), namun prestasi skuad kendalian Norizan Bakar ini jelas cemerlang apabila muncul juara Kumpulan A.

'Idam Australia'

pix_gal0
Safee mahu pikat kelab di Liga-A pada 7 Oktober ini 

DENGAN misi menyarung jersi Cardiff City tampak kain pudar, Safee Sali (atas) kini mengalih fokus mencari ‘pasaran baru’ dengan Australia menjadi destinasi terbaru.

Semalam, penyerang kebangsaan itu menyuarakan minat mahu memikat kelab di Liga Australia dan bertekad memanfaatkan peluang itu apabila Harimau Malaya menentang skuad kebangsaan negara itu pada 7 Oktober ini di Canberra.
“Peluang menentang Australia tidak akan saya bazirkan dan cuba menampilkan aksi terbaik. Mana tahu, ia membuka mata kelab-kelab A-League untuk memanggil saya menjalani ujian pemilihan,” kata Safee ketika ditemui sekembali dari Cardiff di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam. 

Ditanya mengenai tawaran kedua Cardiff untuk menjalani latihan dua minggu lagi, pemain berusia 27 tahun itu berkata dia akan memanfaatkan peluang itu jika menyusul nanti. 

“Memang dua minggu yang saya lalui ini tidak cukup kerana saya hanya 10 hari turun menjalani latihan bersama pasukan dan tiada sebarang aksi persahabatan untuk menilai prestasi sebenar saya. 

“Harap pada kunjungan kali kedua ke Cardiff nanti, saya diberi peluang beraksi dalam perlawanan persahabatan dan di situ saya akan cuba membuktikan kemampuan sebenar,” tegas Safee. 


Safee akan mewakili Selangor menentang Singapura pada Piala Sultan Selangor 2011 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. 

Ribut cemaskan penyokong Terengganu


KUALA TERENGGANU - Suasana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin kelam kabut apabila ribut serta hujan lebat, menyebabkan kira-kira 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Malaysia bertempiaran mencari tempat berlindung.

Berikutan itu, perlawanan antara tuan rumah, Terengganu dengan Negeri Sembilan terpaksa dihentikan hampir sejam dan disambung sebaik sahaja keadaan reda.

Ribut petir dan hujan lebat bermula pukul 9 malam, iaitu kira-kira 10 minit perlawanan selepas sepak mula.

Akibat ribut, papan iklan di tepi trek stadium terbang angin, mengakibatkan keadaan semakin kelam kabut, yang memaksa pengadil menghentikan perlawanan.

Beberapa buah kenderaan milik penonton yang diletakkan di kawasan berdekatan stadium iaitu di Jalan Pejabat, turut rosak teruk akibat dihempap pokok.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

Perlawanan yang bersambung menyaksikan Terengganu dan Negeri Sembilan berakhir pada pukul 11.30 malam, seri tanpa jaringan.

Kedua-dua pasukan telah pun melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala Malaysia dengan masing-masing memungut 13 mata dari Kumpulan B.

N. Sembilan janji aksi lebih garang


SEREMBAN - Setelah layak ke suku akhir dengan status juara Kumpulan B, Negeri Sembilan mahu memberikan aksi lebih garang dalam usaha mencerahkan peluang ke separuh akhir Piala Malaysia.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan yakin dengan corak permainan konsisten, dedikasi, serta semangat juang pemain, skuad Rusa mempunyai peluang ke final.

"Saya yakin dengan komitmen pemain, Negeri Sembilan mungkin boleh mencipta kemenangan apabila bertemu Felda United pada suku akhir nanti.

"Saya berharap pemain dapat mengekalkan corak permainan supaya kita dapat ke final," katanya di sini semalam.

Skuad Hoben Jang Hoben mengungguli kumpulan dengan 13 mata hasil empat kemenangan, satu seri dan kalah sekali serta meledak 10 jaringan dan bolos empat gol.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, pihaknya kini sedang menjalankan rundingan dengan beberapa agen dalam usaha mendapatkan khidmat pemain import.

"Ketika ini kita telah menyenarai pendek beberapa pemain berasal dari Republik Czech dan Hungary," jelasnya.

Wan Jamak kekal terajui Kedah?


ALOR SETAR - Wan Jamak Wan Hassan boleh menghela nafas lega kerana kedudukannya sebagai jurulatih Kedah dikatakan masih selamat, meskipun skuad Sang Kenari gagal melepasi peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia musim ini.


Utusan Malaysia difahamkan, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan menawarkan kontrak baru kepada Wan Jamak sebagai pembimbing Hijau Kuning musim depan bagi meneruskan corak pengendalian dan sistem latihan yang diterapkan ketika ini.

Untuk rekod, jurulatih berusia 54 tahun itu baru lima bulan mengambil alih jawatan tersebut daripada Ahmad Yusoff pada pertengahan musim ini, ekoran prestasi hambar Sang Kenari.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, persatuan tiada masalah dengan corak baru pengendalian Wan Jamak yang menekankan disiplin selain dilihat memberikan komitmen tinggi kepada skuad Hijau Kuning.

Kata beliau, barisan pemain Kedah juga dapat mengikuti sistem latihan yang dipraktikkan oleh bekas jurulatih Negeri Sembilan itu.

"Bagaimanapun, KFA akan mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk kelab peminat terlebih dahulu mengenai prestasi Wan Jamak bagi membuat penilaian akhir sama ada kontraknya yang berakhir penghujung musim ini akan disambung atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Kedah gagal ke suku akhir Piala Malaysia selepas seri 1-1 dengan Perak di Stadium Darul Aman kelmarin dan menghuni tangga keempat Liga Super.

Pengadil ‘rompak’ peluang kami


ALOR SETAR – Bagaikan dirompak! Itu yang dirasai jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan apabila dua jaringan pasukan tuan rumah pada babak pertama ketika menentang Perak pada saingan Piala Malaysia kelmarin, dinafikan oleh pengadil.

Keputusan tersebut yang disifatkan Wan Jamak sebagai ‘jaringan bersih’, menyaksikan perlawanan berakhir dengan seri 1-1, sekali gus menghampakan Sang Kenari untuk suku akhir, apabila menghuni tangga ketiga Kumpulan A.

Wan Jamak berkata, pembatalan dua jaringan berkenaan menyentak semangat pemain, biarpun mereka cuba bangkit pada babak kedua dalam perlawanan ‘hidup mati’ pasukannya.

“Dua gol yang dibatalkan itu menyentak moral dan memberi kesan kepada pemain. Kami cuba sedaya upaya untuk mengatasi Perak tetapi apakan daya kami ‘dirompak’ oleh orang ke-13,” katanya kepada pemberita kelmarin.

Jaringan Badrol Bakhtiar pada minit ke-11 dan Mohd. Faizal Abu Bakar pada minit ke-38 tidak disahkan oleh pengadil dengan alasan pemain Kedah berada dalam kedudukan ofsaid dan Mohd. Faizal mengganggu penjaga gol Perak, Kamarul Affandi ketika perebutan bola.

Perak mendahului pasukan tuan rumah hasil jaringan bekas pemain Kedah, Shafiq Jamal pada minit ke-53 sebelum jaringan penyamaan Sang Kenari tiga minit kemudian hasil tandukan Mohd. Faizal.

Menurut Wan Jamak, dua jaringan anak buahnya itu adalah ‘bersih’ dan keputusan pengadil menafikan gol tersebut tidak masuk akal.

Justeru, dia berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat meneliti perkara berkenaan dengan meletakkan pengadil yang benar-benar berkaliber bagi memastikan kelancaran sesuatu permainan.

“Bukan saya kata pengadil ini tidak berkaliber, tetapi dia perlu melihat keadaan sekeliling dan keputusan yang dibuatnya meragukan.

“Dua gol tersebut betul-betul bersih. FAM boleh lihat semula ulang tayang,” katanya.

FAM bantu Safee atasi isu permit kerja


SAFEE Sali bersama pengurus peribadinya, Zakaria Ab. Rahim ketika pemain kebangsaan itu tiba di KLIA, Sepang semalam setelah selesai menjalani latihan bersama Cardiff City. - UTUSAN/Wahidin Salim

JOHOR BAHRU - Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) akan membantu menyelesaikan masalah permit kerja dan visa yang dihadapi Safee Sali, seandainya penyerang kebangsaan itu mendapat tawaran beraksi bersama kelab England, Cardiff City.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengakui agak sukar untuk Safee mendapatkan permit kerja dan visa berikutan peraturan ketat di negara tersebut.

Begitupun ujarnya, masih ada peluang untuk menyelesaikan masalah terbabit melalui budi bicara antara FAM, kelab Cardiff City dan juga Persatuan Bola Sepak England.

"FAM tidak menghalang niat Safee untuk beraksi bersama Cardiff City, malah berbangga seandainya dia terpilih untuk menyarung jersi pasukan berkenaan.

"Saya berharap Cardiff City menerusi Datuk Chan Tien Ghee dapat menyediakan satu mekanisme terbaik buat Safee selepas dia dikatakan berjaya memikat pengurus pasukan Malky Mackay," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kejohanan Hoki Bawah 21 Piala Sultan Johor, semalam.

Safee sebelum ini mengalami kesukaran bagi menyarung jersi Cardiff City gara-gara masalah permit kerja.

Antaranya termasuklah ranking Malaysia yang ketika ini begitu jauh daripada syarat kelayakan kelompok 70 pasukan terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selain perlu beraksi lebih 75 peratus dalam perlawanan berstatus A ketika mewakili pasukan kebangsaan.

Menurut Tengku Abdullah, Tien Ghee perlu berbincang dengan kelab Pelita Jaya yang kini diwakili Safee, seandainya berminat untuk mendapatkan penyerang kebangsaan itu.

Sementara itu, Tien Ghee mengesahkan Safee akan menjalani ujian kedua dalam tempoh terdekat dan akan mengadakan perbincangan dengan kelab Pelita Jaya untuk membawa pemain kebangsaan itu ke Cardiff City.

"Safee harus kembali ke Pelita Jaya memandangkan saingan Liga Super Indonesia akan bermula tidak lama lagi.

"Saya sendiri akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan kelab berkenaan untuk mendapatkan tarikh sesuai bagi membawa Safee menjalani latihan kedua," katanya.

Mengulas mengenai isu permit kerja Safee, meskipun mengakui ia agak ketat, namun beliau percaya pasti ada cara untuk memungkinkan Safee beraksi di kelab Cardiff City, namun semuanya bergantung kepada keputusan pihak Liga Kejuaraan Inggeris.

Wednesday, September 28, 2011

Safee Sali intai peluang beraksi dengan kelab elit lain


SEPANG 28 Sept. - Penyerang sensasi negara, Safee Sali berminat untuk mencuba kebolehannya dengan kelab elit lain sekiranya pasukan kelab Cardiff City tidak memilihnya beraksi bersama pasukan ”Bluebirds” itu.

Bagaimanapun, di sebalik tiada keputusan rasmi sama ada Safee terpilih menyarung jersi Cardiff City atau tidak, masih ada khabar gembira mengiringi kepulangannya ke tanah air, apabila pengurus pasukan kelab Liga Kejuaraan Inggeris itu Malky Mackay memintanya kembali untuk penilaian lanjut selama dua minggu lagi.

"Bagi saya peluang latihan 10 hari di sana tidak mencukupi kerana saya tidak berpuas hati dengan kemampuan diri sendiri. Saya sememangnya berharap dapat bermain dalam perlawanan persahabatan di sana bagi membuktikan aksi sebenar.

"Saya harapkan ada talian positif dari pihak pengurusan Cardiff dan saya sememangnya amat berminat untuk bermain di sana,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari menjalani latihan percubaan 10 hari bersama pasukan itu hari ini. - Bernama

Sabah mengamuk


SABAH mengesahkan tempat ke suku akhir selepas membelasah Johor 4-1 dalam saingan terakhir Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Larkin, malam tadi.

Meskipun jurulatih Justin Ganai membuat rombakan pada saat akhir dengan merehatkan empat tonggak utama - Azizon Abd Kadir, Mohd Farid Ideris, Sumardi Hajalan dan Mohd Fariss Azlan Mat Isa nyata ia tidak menggugat tempo permainan skuad Badak itu.

Sabah yang begitu dahagakan tiga mata mengatur serangan pantas dan hampir mencipta gol pada minit ke-15 selepas Md Rozaimi Abd Rahman bijak melambungkan bola hampir memerangkap penjaga gol, Mohd Amirul Abu Seman namun hanya sedikit tersasar.


Md Rozaimi yang diberi ruang untuk menyusup ke dalam kotak penalti pada minit ke-27 sekali lagi mempersia-siakan peluang terhidang tatkala berdepan dengan Mohd Amirul selepas bola sepakannya dihadang penjaga gol Johor itu.

Akhirnya gol yang dicari Sabah menjelma pada minit ke-31 berpunca daripada Zainizam Marjan yang mencuri bola dari kaki pertahanan Johor dan pantas melorongkan bola kepada Razlan Oto yang mudah merembat kencang menewaskan Mohd Amirul.

Johor bangkit menyamakan jaringan pada minit ke-55 selepas Mohd Redzuan Nawi melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan Syed Adney tetapi kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Sabah mencipta gol pada minit ke-60 menerusi rembatan kencang Md Rozaimi.



Sabah terus menguasai perlawanan dan mencipta gol ketiga pada minit ke-66 selepas Radzi Mohd Hussin pantas menyambar peluang dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti.

Pemain gantian Mohd Farid tidak mengecewakan apabila menjaringkan gol buat skuad Badak pada minit ke-78 untuk memastikan pasukan itu meraih tiga mata penuh.

Di Stadium Pasir Gudang, Johor FC menamatkan saingan Kumpulan C dengan mengutip tiga mata di laman sendiri selepas menewaskan Sarawak 2-1.

Gol seawal minit kelapan sudah memadai buat skuad Lebah mencipta kemenangan pertama di tempat sendiri selepas mempamerkan aksi suram sepanjang kempen Piala Malaysia.

Skuad Lebah menambah gol pada minit ke-43 menerusi pemain tengah, Mohd Riduan Maon namun Sarawak bangkit menerusi sepakan penalti Bobby Gonzales minit ke-53 tetapi Johor FC mencipta gol menerusi Mohd Akmal pada minit ke-75.

Hamidin pengurus skuad ke Sukan SEA


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin dilantik sebagai pengurus pasukan baru skuad bawah 23 tahun negara ke Sukan SEA XXVI Indonesia dari 11 hingga 22 November ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan pengurus pasukan Gergasi Merah, menjalankan tugas barunya berkuat kuasa semalam bagi menggantikan seorang lagi Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah.

Siaran media FAM yang dikeluarkan semalam, menyebut, pelantikan baru yang turut mendapat perkenan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, dibuat memandangkan Afandi akan menunaikan ibadat haji di Mekah.

Mengulas pelantikan itu kepada Utusan Malaysia, semalam, kata Hamidin: “Saya terharu atas kepercayaan yang diberikan FAM ini dan saya menerimanya serta berjanji untuk menjalankannya dengan betul-betul terbaik demi kepentingan negara.

“Namun, kita malah seluruh peminat bola sepak perlu mengakui ia bukan satu tugas yang senang, malah cukup berat apatah lagi untuk mempertahankan reputasi pasukan kita sebagai juara bertahan.”

Dua puluh satu pemain disenaraikan FAM kelmarin bagi mengikuti sesi latihan pusat menghadapi Sukan SEA di Wisma FAM, Kelana Jaya mulai Sabtu ini yang akan dikendalikan jurulatih Ong Kim Swee sementara 12 yang lain pada 9 Oktober ini.

Mereka ialah Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Ahmad Hazwan Bakri, See Kok Luen (Kuala Lumpur), Faizal Abu Bakar (Kedah), Ab. Aziz Ismail, Mohd. Izuan Salahuddin (Kelantan), Syazwan Roslan (Perak), Azrul Azmi (Felda United), D. Saarvindran (Harimau Muda B/Felda United).

Fandi Othman, Izham Tarmizi Roslan, Zamir Selamat, K. Sasikumar (Harimau Muda A), Nazmi Faiz Mansor, Syazwan Tajuddin (Harimau Muda B).
Lain-lain termasuk Shukor Jusuh, A. Thamil Arasu, Ferris Danial Mat Nasir, Gary Stevan Robbat, Nazirul Naim Che Hashim, Amer Saidin,

Mereka yang akan melapor diri mulai 9 Oktober pula ialah Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Zubir Azmi (Terengganu), Asraruddin Putra Omar (Selangor), Baddrol Bakhtiar (Kedah) dan Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur).

Turut tersenarai ialah Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Fadhli Shas, K. Gurusamy Govandar Kandasamy, Izzaq Farris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria (Harimau Muda A) dan K. Reuben (UKM/Piala Presiden Selangor).

Selangor mara, Kedah tersingkir


Pemain Selangor, Mohd. Amri Yahyah melakukan tandukan ke gawang Kuala Lumpur pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam. – Utusan/ Izham Jaafar

KUALA LUMPUR - Nasib berbeza dialami dua pasukan pilihan apabila Kedah gagal ke suku akhir Piala Malaysia setelah seri 1-1 dengan Perak di Stadium Darul Aman sementara `Misi 33’ Selangor kembali bernyawa selepas mengatasi Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Shah Alam, semalam.

Skuad Kenari yang terdesak memerlukan kemenangan tersentak apabila dua jaringan mereka dibatalkan oleh pengadil pada separuh masa pertama.

Kedah ketinggalan pada minit ke-53 hasil jaringan bekas penyerang skuad itu, Mohd. Shafiq Jamal sebelum Mohd. Faizal Abu Bakar menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Keputusan seri itu memberi laluan buat Sabah yang menang besar 4-1 ke atas Johor di Stadium Larkin bagi menempah pertemuan dengan T-Team pada suku akhir yang dijadualkan 4 dan 8 Oktober ini.

Red Giants berdepan situasi mencemaskan apabila ketinggalan 1-0 menerusi Muhd. Shahrom Abdul Kalam pada minit ke-37 sebelum bangkit pada babak kedua bermula dengan jaringan Mohd. Razman Roslan pada minit ke-65 dan Amri Yahyah melengkapkan kebangkitan dengan
gol kemenangan melalui tandukan pada minit ke-75.

Juara bertahan, Kelantan menepati reputasi apabila muncul juara Kumpulan C dengan mengalahkan Felda United 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha.

T-Team muncul juara Kumpulan D selepas berpesta gol membelasah PDRM 6-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Johor FC menang 3-1 ke atas Sarawak di Stadium Pasir Gudang manakala PKNS menang tipis 1-0 dengan Sime Darby pada aksi yang tidak memberi sebarang makna kerana keempat-empat pasukan sudah tersingkir untuk ke suku akhir.

Tuesday, September 27, 2011

JADUAL SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA


Suku Akhir 1
Oktober 10, 2011 (Isnin)
Selangor
v
Perak
8.45mlm
Std Shah Alam
KL Felda United FC
v
Negeri Sembilan
8.45mlm
Std MBPJ
Terengganu
v
Kelantan
8.45mlm
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Sabah
v
Terengganu T-Team
8.15mlm
Std Likas, Kota Kinabalu
Suku Akhir 2
Oktober 14, 2011 (Jumaat)
Perak
v
Selangor
8.45mlm,
Std Perak, Ipoh
Negeri Sembilan
v
KL Felda United FC
8.45mlm
Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Kelantan
v
Terengganu
8.45mlm
Std Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
Terengganu T-Team
v
Sabah
8.45mlm
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Keputusan Piala Malaysia 2011 (Peringkat Kumpulan)


KUMPULAN A
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
+/-
Mata
PERAK
6
4
2
0
9
5
4
14
SABAH
6
3
1
2
10
6
4
10
KEDAH
6
2
2
2
9
8
1
8
JOHOR
6
0
1
5
7
16
-9
1

6 September 2011 (Selasa)
Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus
JOHOR
0
2
KEDAH
-
Mohd Khairil Muhaimeen (2)

Stadium Likas
SABAH
0
0
PERAK
-
-

10 September 2011 (Sabtu)
Stadium Darul Aman
KEDAH
1
2
SABAH
Azmi Muslim
Zainizam Marjan, K.Thanaraj

Stadium Perak
PERAK
2
1
JOHOR
Mohd Failee Ghazali, Shafiq Jamal
Azuwad Arip

13 September 2011 (Selasa)
Stadium Perak
PERAK
2
1
KEDAH
Syafiq Jamil, Mohd Failee Ghazali
Mohd Khyrill Muhaimeen

Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus
JOHOR
1
3
SABAH
Mohd Azuwad Md Arip
Radzi Md Hussin, Zainizam Marjan (2)

17 September 2011 (Sabtu)
Stadium Darul Aman
KEDAH
3
3
JOHOR
Khayril Muhaymeen (2),  Badrol Bakhtiar
Mohd Noraslan Mokhtar, Fauzi Nan (GS), Ashadi Md Yusof

Stadium Perak
PERAK
2
1
SABAH
Fazrul Hazrul Mohd Kadri, Mohd Failee Ghazali
Shahrul Azhar Ture

24 September 2011 (Sabtu)
Stadium Likas
SABAH
0
1
KEDAH

Khyril Muhaimeen

Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus
JOHOR
1
2
PERAK
Ashadi Yusoff
Isma Aliff, Mohd Failee Ghazali

27 September 2011 (Selasa)
Stadium Darul Aman
KEDAH
1
1
PERAK
Faizal Abu Bakar
Shafiq Jamal

Stadium Likas
SABAH
4
1
JOHOR
Razlan Otto, Mohd Rozaimi Abdul Rahman, Radzi Mohd Hussin, Mohd Farid Ideris
Mohd Redzuan Nawi


KUMPULAN B
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
+/-
Mata
NEGERI SEMBILAN
6
4
1
1
10
4
6
13
TERENGGANU
6
4
1
1
8
3
5
13
PKNS FC
6
3
0
3
7
6
1
9
SIME DARBY FC
6
0
0
6
1
13
-12
0

6 September 2011 (Selasa)
Stadium MP Selayang
KL SIME DARBY
0
3
TERENGGANU
-
Joseph Kallang Tie, Reeshafiq Alwi, Abd Manaf Mamat

Stadium MB Petaling Jaya
SELANGOR PKNS
1
2
NEGERI SEMBILAN
Mohd Norhafizuan
Hairudin Omar, Shahurain Abu Samah

10 September 2011 (Sabtu)
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
TERENGGANU
3
2
SELANGOR PKNS
Ashaari Shamsuddin, Reeshafiq Alwi, Abdul Manaf Mamat
Mohd Fauzan Dzulkifli, Mohd Zamri Hassan

Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi
NEGERI SEMBILAN
5
0
KL SIME DARBY
Hairudin Omar (2), Shahhurain Abu Samah, Shukor Adan, Idris Karim
-

13 September 2011 (Selasa)
Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi
NEGERI SEMBILAN
1
0
TERENGGANU
Shahruain Abu Samah
-

Stadium MB Petaling Jaya
SELANGOR PKNS
1
0
KL SIME DARBY
Rajesh A/l Perumal
-

17 September 2011 (Sabtu)
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
TERENGGANU
1
0
KL SIME DARBY
Ashaari Shamsuddin
-

Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi
NEGERI SEMBILAN
0
2
SELANGOR PKNS
-
Mohd Fauzan Dzulkifli, Mohd Norhisham Hassan

24 September 2011 (Sabtu)
Stadium MB Petaling Jaya
SELANGOR PKNS
0
1
TERENGGANU

Abdul Manaf Mamat

Stadium MP Selayang
KL SIME DARBY
1
2
NEGERI SEMBILAN
Mohd Raimi Mohd Nor
Mohd Firdaus Azizul, Shahurain Abu Samah

27 September 2011 (Selasa)
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
TERENGGANU
0
0
NEGERI SEMBILAN
-
-

Stadium MP Selayang
KL SIME DARBY
0
1
SELANGOR PKNS

Fauzan Dzulkifli

KUMPULAN C
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
+/-
Mata
KELANTAN
6
4
1
1
11
4
7
13
FELDA UNITED
6
3
1
2
6
4
2
10
JOHOR FC
6
2
2
2
7
7
0
8
SARAWAK
6
1
0
5
2
11
-9
3

6 September 2011 (Selasa)
Stadium Negeri
SARAWAK
0
2
KELANTAN
-
Norshahrul Idlan Talaha, S.Chanturu

Stadium JCorp Pasir Gudang
JOHOR FC
0
2
FELDA UNITED
-
Farderin Kadir (2)

10 September 2011 (Sabtu)
Stadium Sultan Mohd Ke IV
KELANTAN
2
1
JOHOR FC
Hamsani Omar (gs), Ramzul Zahini
Eddy Helmi Abdul Manan

Stadium MB Petaling Jaya
FELDA UNITED
1
0
SARAWAK
Nizam Abu Bakar


13 September 2011 (Selasa)
Stadium Negeri
SARAWAK
0
1
JOHOR FC

Eddy Helmi Abdul Manan

14 September 2011 (Rabu)
Stadium MB Petaling Jaya
FELDA UNITED
2
0
KELANTAN
Farderin Kadir, D.Saarvindran
-

18 September 2011 (Ahad)
Stadium Sultan Mohd Ke IV
KELANTAN
4
0
SARAWAK
Mohd Badri Radzi (2), Norshahrul Idlan Talaha, Daniel Fadzly Abdullah
-

Stadium MB Petaling Jaya
FELDA UNITED
1
1
JOHOR FC
Azrul Ahmad
Mohd Izuan Jarudin

24 September 2011 (Sabtu)
Stadium JCorp Pasir Gudang
JOHOR FC
1
1
KELANTAN
Akhmal Mohd Nor
Azamuddin Akil

Stadium Negeri
SARAWAK
1
0
FELDA UNITED
Bobby Gonzales


27 September 2011 (Selasa)
Stadium Sultan Mohd Ke IV
KELANTAN
2
0
FELDA UNITED
Norshahrul Idlan Talaha (2)
-

Stadium JCorp Pasir Gudang
JOHOR FC
3
1
SARAWAK
Mohd Akhmal Mohd Noor (2), gs
Bobby Gonzales




KUMPULAN D
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
+/-
Mata
T-TEAM
6
4
1
1
15
4
11
13
SELANGOR
6
3
1
2
9
5
4
10
KUALA LUMPUR
6
2
3
1
7
4
3
9
PDRM
6
0
1
5
2
19
-14
1

6 September 2011 (Selasa)
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
T-TEAM
1
0
SELANGOR
Norfadzly Alias
-

Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi
PDRM
0
3
KUALA LUMPUR

Azrul Azman(gs), Badrul Hisyam Azmi, Yong Kuong Yong

10 September 2011 (Sabtu)
Stadium Shah Alam
SELANGOR
2
0
PDRM
Mohd Fadzli Shaari (2)
-

Stadium MP Selayang
KUALA LUMPUR
2
1
T-TEAM
Yong Kuong Yong (2)
Norfazly Alias

13 September 2011 (Selasa)
Stadium MP Selayang
KUALA LUMPUR
0
0
SELANGOR
-
-

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
T-TEAM
4
0
PDRM
Zairo Anuar Zailani, Nor Fadzly Alias, Mohd Fitri Omar, Norfarhan Mohammad




17 September 2011 (Sabtu)
Stadium Shah Alam
SELANGOR
1
2
T-TEAM
Amri Yahyah
Norfarhan Mohamad, Zairo Anuar Zailani

Stadium MP Selayang
KUALA LUMPUR
0
0
PDRM
-
-

24 September 2011 (Sabtu)
Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi
PDRM
1
4
SELANGOR
Fauzi Abd Majid
Mohd Amri Yahyah, Shafiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Rudee Ramli

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
T-TEAM
1
1
KUALA LUMPUR
Indra Putra Mahyuddin
Ahmad Hazwan Bakri

27 September 2011 (Selasa)
Stadium Shah Alam
SELANGOR
2
1
KUALA LUMPUR
Mohd Razman Roslan, Mohd Amri Yahyah
Muhammad Shahrom Abdul Kalam

Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi
PDRM
0
6
T-TEAM

Indra Putra Mahyuddin, Zairo Anuar Zailani, Norfarhan Mohamad, Mohd Badrul Hasani Abdul Rahman, Norfadzly Alias, Shamsul Kamal Mohamad

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...