Tuesday, November 6, 2012

Annuar belum mahu ulas kemelut Red Warriors



KOTA BHARU - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa yang baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah haji dan umrah Ahad lalu mengambil pendekatan berdiam diri berhubung isu melibatkan Red Warriors.

Annuar menerusi laman sosial facebooknya kelmarin, menjelaskan beliau belum berhasrat untuk memberikan sebarang komen berhubung isu yang melibatkan pasukan bola sepak Kelantan.

“Tiga minggu tidak mengikuti berita dalam negara kerana tumpuan sepenuhnya kepada ibadat haji dan umrah.


“Banyak berita sensasi nampaknya termasuk hal bola, KAFA dan The Red Warriors turut terlibat.

“Saya belum berhasrat apa-apa komen buat masa ini. Biar kita dengar dulu segala berita dan komentar," katanya.

Selepas Kelantan menjulang kejuaraan tiga piala buat kali pertama musim ini mereka dikejutkan dengan hasrat peledak berbisa Norshahrul Idlan Tahala yang menyuarakan hasrat untuk meninggalkan pasukan berkenaan musim hadapan.

Norshahrul dilaporkan mendapat tawaran lumayan dari Johor dengan bayaran gaji berjumlah RM 80,000 sebulan.

Namun hasrat tersebut terbantut apabila KAFA enggan melepaskan pemain tersebut dan mahu tonggak kebangsaan itu yang masih mempunyai baki kontrak selama setahun kekal bersama Red Warriors.

Utusan Malaysia pada 2 November lalu melaporkan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dikhabarkan perlu membayar lebih RM1 juta sekiranya masih berminat mendapatkan khidmat penyerang sensasi Kelantan itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...