Thursday, November 1, 2012

Dua perlawanan medan pilih pemain ke Piala AFF


PETALING JAYA 1 Nov. - Ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal berharap dua aksi persahabatan menentang Vietnam dan Thailand awal bulan ini akan menjadi medan terbaik memilih 22 pemain negara dalam misi mempertahan Piala AFF Suzuki.

Beliau berkata menerusi dua perlawanan itu akan dapat mengukur tahap persediaan skuad kebangsaan menjelang aksi pembukaan Piala AFF Suzuki bertemu Singapura pada 25 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Walaupun saya sudah mempunyai bayangan 22 pemain, saya harap semua pemain menunjukkan prestasi membanggakan dan saya optimis kita mampu mencatat kemenangan dalam kedua-dua perlawanan itu," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM di Kelana Jaya hari ini.

Rajagobal menyenaraikan 24 pemain bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa kelas "A", menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada 3 November sebelum berdepan Thailand di Stadium 700th Anniversary, Chiang Mai pada 7 November.

Skuad negara dijangka kembali ke tanah air pada 8 November untuk aksi persahabatan terakhir menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam pada 14 November. - BERNAMA


Berikut senarai 24 pemain yang terpilih bagi aksi perlawanan persahabatan menentang Vietnam pada 3hb November 2012. Perlawanan bakal berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi.

Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Farizal Marlias

Pertahanan
3. Aidil Zafuan
4. Fadhli Shas
5. Amiridzwan Taj Tajuddin
6. Faizal Muhammad
7. Azmi Muslim
8. Mahali Jasuli
9. Bunyamin Omar
10. Zubir Azmi

Midfield
11. Shakir Shaari
12. Amar Rohidan
13. Gary Steven Robbat
14. Safiq Rahim
15. Wan Zack Haikal Wan Nor
16. S.Kunanlan
17. R.Gopinathan
18. Azamuddin Mat Akil
19. Baddrol Bakhtiar
20. Fakri Saarani

Penyerang
21. Khyrill Muhymeen
22. Safee Sali
23. Norshahrul Idlan Talaha
24. Zaquan Adha

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...