Monday, November 5, 2012

Fauzi idam kasut emas Liga Super


Harian Metro

PENYERANG skuad Tok Gajah, Mohd Fauzi Roslan berazam untuk muncul penjaring terbanyak Liga Super musim depan, biarpun terpaksa bersaing dengan penyerang lebih pengalaman terutama tenaga import.

Namun, hasrat itu tidak mustahil kerana dia sudah membuktikan keupayaannya apabila melakukan hatrik ketika Pahang membelasah Sarawak 6-0 dalam saigan Piala Malaysia musim ini.


Dalam saingan Liga M pula, 13 gol telah dijaringkan pemain kelahiran Kampung Pasir Panjang, Pekan, itu masing-masing lapan dalam Liga Perdana manakala lima (Piala Malaysia).

Bagi Mohd Fauzi, dia tidak kisah digandingkan dengan rakan lain selepas gandingannya musim ini, penyerang dari Brazil, Maycon Carvalho Inez tidak lagi bersama Pahang musim depan.

“Justeru, saya harap gandingan bersama rakan baru di barisan depan cepat serasi tidak kira ia pemain tempatan atau import kerana matlamat utama saya memastikan Pahang meraih gelaran juara musim depan.

“Jika boleh saya mahu gelaran Liga Super 2013 menjadi milik Pahang selepas kali pertama diraih pada 2004. “Bagi saya, tiada yang mustahil untuk merealisasikannya jika semua rakan sepasukan dapat mempamerkan permainan mantap dan memiliki disiplin tinggi,” katanya.

Mohd Fauzi turut berterima kasih kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang masih memberi kepercayaan kepadanya untuk menyarung jersi Tok Gajah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...