Wednesday, November 7, 2012

Mesyuarat darurat Ahad ini tentukan nasib Butler



KUALA TERENGGANU 7 Nov. - Satu "mesyuarat darurat" akan diadakan Ahad ini bagi menentukan nasib Peter Butler sama ada akan terus melatih skuad Penyu atau tidak di musim depan.

"Jawatankuasa Tertinggi PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu) akan mengadakan sidang yang dipanggi mesyuarat darurat Ahad ini bagi memutuskan nasib bekas jurulatih itu kerana PBSNT telah bersetuju secara perjanjian tanpa kontrak, sah memilih bekas ketua jurulatih Felda United, E. Elavarasan untuk mengendalikan skuad Terengganu musim 2013," kata Yang Dipertua PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh.


Elavarasan dijangka menamatkan kontraknya bersama Felda United penghujung November ini.

"Butler datang berjumpa saya pagi ini dan kita telah berbincang, tetapi tidak ada apa persetujuan yang kita capai secara mutlak," kata Che Mat kepada pemberita.

Butler telah dikenakan tindakan gantung selama enam bulan kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa dua pemain Terengganu telah melanggar peraturan, tanpa memberitahu pihak pengurusan terlebih dahulu.

Beliau bagimanapun merayu keputusan PBSNT itu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang membuat keputusan tindakan penggantungan dan memecatnya sebagai tidak sah.

Che Mat berkata pada hakikatnya PBSNT telah memecat Butler.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...