Tuesday, November 6, 2012

Nazmi terlepas lagi ambil SPM

Berita Harian


Kuala Lumpur: Kegagalan Nazmi Faiz Mansor, pemain muda negara mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini mulai semalam, bukan disebabkan kehendak dirinya, tetapi kerana ‘terperangkap' dengan peraturan. 

Selepas tidak mengambil SPM tahun lalu kerana mewakili negara di Sukan SEA, Nazmi, 18, yang kini beraksi bersama kelab Portugal Beira Mar sekali lagi kecewa akibat peraturan sekalipun segala persiapan sudah dibuat. 


"Kami sudah membuat permohonan awal tahun lalu seperti apa yang disuruh oleh pihak sekolah (Sekolah Sukan Bukit Jalil) dengan meminta surat kebenaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

“Ia termasuk tanda tangan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad untuk membolehkan Nazmi mengambil peperiksaan tahun ini. 

"Selain itu, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee juga ada membantu saya dan segala yang diperlukan termasuk melampirkan tiket penerbangan ke Portugal untuk disertakan dalam permohonan yang dibuat pertengahan tahun lalu, namun pada Ogos lalu, mereka mengatakan permohonan itu gagal. 

"Sebagai pelajar sekolah sukan, pelajar akan mendapat satu keistimewaan namun di saat akhir, pihak sekolah mengatakan permohonan itu tidak berjaya," kata bapa Nazmi, Mansor Mustapha, 46, semalam. 

Mansor berkata, segala permohonan dibuat seawal tahun ini, tetapi Nazmi terikat dengan program Harimau Muda dan beraksi dalam kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun, Jun lalu sebelum bertolak ke Portugal.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...