Apek anggap misi skuad Olimpik lebih penting
PADA saat ini sumbangannya amat diperlukan dalam dua pasukan - skuad Olimpik dan Kelantan - tetapi Khairul Fahmi Che Mat (gambar) lebih mengutamakan skuad negara ketika mindanya berkocak sebelum membuat satu keputusan tepat, semalam.
Dia tidak akan bersama Kelantan untuk empat perlawanan awal Piala Malaysia, termasuk pembuka tirai Kumpulan C menentang Sarawak,Selasa ini untuk memberi tumpuan ke arah perlawanan pusingan ketiga kelayakan Olimpik menentang Jepun pada 21 September ini.
Kelmarin, ketua jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee enggan melepaskan Khairul Fahmi menyertai skuad The Red Warriors untuk saingan Piala Malaysia membolehkan penjaga gol itu terus bersama skuad kendaliannya.
Apek masih percaya Kelantan mampu mencipta sesuatu membanggakan walaupun tanpa kelibatnya di pintu gol pasukan kali ini.
“Saya rasa Kelantan tidak ada masalah kerana bola sepak bukan permainan individu. Kelantan masih memiliki Mat Shah (Shahrizan Ismail) yang lebih berpengalaman daripada saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment