Thursday, November 8, 2012

Selagi belum sah, Perak tidak berganjak - Azraai



KUALA LUMPUR - Jurulatih Perak, Azraai Khor Abdullah menganggap Azidan Sarudin masih terbuka untuk menyertai skuad Seladang itu sekalipun pemain tengah itu telah dilamar pasukan Pahang.

Katanya, dalam perbualan telefon semalam, bekas pemain Selangor dan Kuala Lumpur itu menganggap Perak berada dalam perancangannya memandangkan pasukan itu muncul yang terawal menawarkan kontrak kepadanya.

"Selagi belum tandatangan kontrak (dengan pasukan lain), saya anggap dia masih terbuka untuk menyertai Perak," kata jurulatih itu yang berhijrah ke Perak selepas dua musim bersama Negeri Sembilan.


Beliau mengulas laporan akhbar semalam yang menyebut Azidan seperti 'memungkiri janji' dengan Perak apabila disahkan oleh bekas majikannya, Persatuan Bola Sepak Selangor, akan menyarung jersi Tok Gajah.

Bagaimanapun menurut Azraai Khor, sekarang juga bukanlah masa yang sesuai untuk mengumumkan beberapa lagi nama pemain luar Perak yang turut berminat menyarung jersi Seladang bagi musim 2013.

"Kebanyakannya masih terikat dengan kontrak pasukan asal.

"Sepuluh pemain Perak musim lalu dikekalkan ke musim 2013, selain itu, saya membawa empat atau lima pemain skuad Piala Presiden untuk dipantau prestasi sebelum difikir untuk dinaikkan taraf," katanya yang sudah memulakan tugas melatih sejak 1 November melibatkan antaranya bekas penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahaya dari Terengganu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...