Tuesday, December 11, 2012

Schafer dakwa jadi mangsa salah faham




KUALA LUMPUR - Jurulatih Thailand, Winfried Schafer berkata, insiden yang menyebabkan dia diarah meninggalkan tempat duduk pemain pada minit akhir perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin disebabkan salah faham dengan pegawai perlawanan.

Dalam separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF yang berakhir Malaysia dan Thailand seri 1-1, Schafer menjadi tumpuan di garisan tepi padang apabila menerima amaran pengadil dari Iran, Torki Mohsen Ramezanali.


Dia kemudiannya diarah ke tempat duduk penonton pada sembilan minit terakhir perlawanan kerana membantah keputusan pengadil.

Jurulatih dari Jerman itu tidak dibenarkan berada bersama pemain di bangku simpanan pada separuh akhir kedua Khamis ini.

Dia menjelaskan bahawa dia sebenarnya mengkritik salah seorang pemainnya sendiri, iaitu Chonlatit Jantakam dan bukannya pengadil, ketika insiden dia diarah meninggalkan padang.

"Saya rasa anda (media) juga nampak Chon (Chonlatit) ketika dia cuba membuat hantaran kepada Mai (Panupong Wongsa). Ia hantaran yang sangat sukar dan ia memberi ruang kepada Malaysia.

"Saya tidak bercakap apa-apa mengenai pengadil. Mengapa saya harus mengkritik pengadil? Dia pengadil yang bagus dan dia berdepan tugas yang sukar di depan 80,000 penyokong, ia bukan tugas yang mudah," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...