Monday, December 10, 2012

Piala FA 2013: Selangor, Perak hadapi laluan sukar



SHAH ALAM 10 Dis. - Juara lima kali Piala FA, Selangor berdepan tugas getir pada pusingan pertama Piala FA 2013 selepas diundi bertemu juara Liga Perdana musim ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pada 25 Januari depan.

Pada majlis undian oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di sini hari ini, Perak yang muncul juara Piala FA sebanyak dua kali turut meniti laluan berliku selepas diundi menentang pasukan kelab dibarisi ramai pemain kebangsaan iaitu Johor FC yang kini dikenali sebagai Darul Takzim FC.



Juara dan naib juara Piala FA musim ini iaitu Kelantan dan Sime Darby FC mendapat "bye" pada pusingan pertama.

Kelantan yang juga juara trebel pada musim ini bagaimanapun berdepan laluan sukar selepas dijadualkan menentang naib juara Liga Super, Lions XII FC dari Singapura pada pusingan kedua kejohanan manakala Sime Darby FC akan bertemu sama ada pemenang perlawanan T-Team dan Perlis yang akan berentap pada pusingan pertama.

Sejumlah 12 pasukan masing-masing dari Liga Super dan Liga Perdana layak menyertai Piala FA musim depan bersama lima pasukan dari Liga FAM serta satu pasukan jemputan iaitu Preach Khan Reach dari Kemboja.

Berikut hasil undian pusingan pertama Piala FA 2013:

Selangor PKNS FC lwn Lions XII FC

Sarawak lwn Melaka

Preach Khan Reach lwn Pulau Pinang

PBAPP FC Kuala Lumpur lwn Pos Malaysia

UiTM FC lwn Negeri Sembilan

PDRM lawan Pulau Pinang

SPA Putrajaya FC lwn Terengganu

Kedah lwn NS Betaria FC

Darul Takzim FC lwn Perak

Sabah lwn Felda United FC

Selangor lwn ATM

Johor lwn Pahang

Pahang Kuantan Port lwn ATM Tentera Darat

T-Team lwn Perlis

2 comments:

  1. dah sah Perak menang lawan Johor nanti... hehehehe... pemain import Perak yg baru Karim Ruoani bekas pemain paling hebat dlm dunia.. kah kah kah kah....

    ReplyDelete
  2. apa kata Perak serah diri je... ehehehe...
    main congkak je la bro...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...