Sahol Hamid Abu Bakar menunjukkan jersi UiTM FC pada sidang media memperkenalkan pemain skuad berkenaan di Intekma Resort, Shah Alam semalam. |
SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) bercadang menghantar skuad UiTM FC melawat ke Stadium Anfield, Liverpool, England sebagai ganjaran khas jika pasukan tersebut berjaya menempatkan diri ke dalam Liga Super Malaysia pada musim 2014.
Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, merangkap Penasihat Pasukan UiTM FC berkata, beliau yakin pasukan tersebut mampu layak ke liga tersebut berdasarkan kemampuannya menempatkan diri ke Liga Perdana tahun hadapan.
"Saya berani menjanjikan ganjaran tersebut kerana saya percaya dengan kemampuan pasukan yang dibarisi oleh 100 peratus pemain tempatan yang berusia antara 18 hingga 25 tahun.
"Setelah empat tahun bersaing dengan pasukan kelab dalam Liga FAM, UiTM FC akhirnya menjadi pasukan bola sepak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama di negara ini bersaing dengan pasukan negeri dan kelab Liga Perdana pada 2013," katanya dalam sidang akhbar memperkenalkan pemain UiTM FC di sini, semalam.
Sahol Hamid berkata, beliau berbangga kerana skuad pimpinan jurulatih, Azman Eusoff itu akan bersaing dengan skuad negeri seperti Perlis, Johor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pasti akan memberi pengalaman berharga kepada semua pemain.
Beliau menaruh keyakinan dengan kemampuan kapten pasukan, Mohammad Syafiq Mohd. Mokhtar yang mengemudikan bahagian tengah untuk menjulang UiTM FC di tangga teratas Liga Perdana.
"Selain Mohammad Syafiq yang menjadi kapten pasukan, kita mempunyai pemain yang berpengalaman yang pernah beraksi dalam Piala Presiden dan menggangotai Skuad Harimau Muda B seperti Nik Syafiq Syazwan Nik Min dan Muhammad Nursalam Zainal Abidin.
No comments:
Post a Comment