Monday, December 10, 2012

Serasi, taktikal matlamat Fandi

Harian Metro


JOHOR yang sedang giat mempersiapkan pasukan menghadapi kempen Liga M mempunyai alasan tersendiri apabila mengharungi aksi persahabatan ketika sesetengah pihak mengkritik kemenangan 100 peratus pasukan itu yang mudah menewaskan pasukan lemah sepanjang aksi perlawanan persahabatan.

Ketua jurulatih Harimau Selatan, Fandi Ahmad menegaskan persefahaman antara pemain dan mencari corak permainan taktikal menjadi matlamat utama sepanjang aksi Jelajah Melaka selama empat hari yang berakhir, kelmarin.



Katanya, tiada guna menentang pasukan kuat tapi pemain kekok dan hilang keyakinan diri sebaliknya biarlah bermula dari aksi perlawanan persahabatan yang tidak beri tekanan selain mengelak daripada kecederaan serius.

“Saya tidak kisah jika dikritik malah ia asam garam dalam bola sepak malah apa yang mereka katakan itu saya anggap positif dan membina sekaligus beri ruang kepada saya mempertingkatkan lagi mutu persembahan pemain yang bakal memulakan saingan Liga Super tidak lama lagi.

“Perlu ingat pasukan ini baru dibentuk walaupun beberapa pemain sudah bersama musim lalu, corak permainan bakal berbeza.” katanya.

Pada aksi `Jelajah Melaka (Melaka Tour), Harimau Selatan membelasah Pilihan Melaka 7-0 dan 8-2 dan Akademi Bola Sepak Fandi Ahmad (FAA) 5-0 dan pemain import baru, Daniel Gonzales Guiza muncul penjaring terbanyak dengan meledak 10 gol.

Mengenai kehadiran Safee Sali secara pinjaman, Fandi sudah mempunyai perancangan untuk meletak gandingan tiga serangkai, Safee, Norshahrul Idlan Talaha dan Daniel Guiza mengemudi jentera serangan.

“Aksi ketiga-tiga pemain itu akan dipersembahkan pada perlawanan enam penjuru yang membabitkan pasukan kelab dari Liga Singapura (Liga S), Home United FC, Singapore Armed Forces FC (SAFFC), Woodlands Wellingtons termasuk Pahang serta Johor United bermula 26 Disember ini,” katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...