Friday, December 7, 2012

Kalut rebut pemain

Harian Metro


SELEPAS Azidan Sarudin, Perak sekali lagi terbabit dalam kontroversi perebutan pemain apabila berlaku persaingan dengan Negeri Sembilan terhadap pemain tengah, S Sivanesan.

Ini berikutan dakwaan Negeri Sembilan bekas pemain Felda United FC yang sudah menyertai latihan pasukan Perak itu, milik mereka.



Justeru Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) menyerahkan kepada Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi merungkai kekalutan itu.

Jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah, ketika ditanya berkata, Sivanesan yang pernah dibimbingnya ketika mengendalikan pasukan Harimau Muda A pada 2007-2009 memang berhajat mengikutnya.

“Setahu saya dia memang mahu menyertai saya di Perak. Itulah sebabnya dia menyertai latihan skuad Perak.

“Saya tidak pasti dengan dakwaan Negeri Sembilan. Oleh yang demikian biarlah perkara itu diselesaikan jawatankuasa status,” katanya.

Azraai berkata, Perak sudah mendaftar 24 pemain termasuk dua awang import, Rafael Souza Silva Novais dari Brazil dan Karim Rouani (Perancis) kepada FAM.

“Perak memiliki ramai khidmat pemain muda berbakat yang didaftarkan dalam skuad Piala Presiden. Mereka ini boleh diguna pada bila-bila masa diperlukan nanti.

“Saya gembira dengan keadaan ini kerana akan berpeluang membimbing pemain muda dalam skuad utama nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...